Resepi Tempe Goreng Berempah dan Sambal Kicap

mamapp
13
Harini mama nak share Resepi Tempe Goreng Berempah dan Sambal Kicap. Sudah 2 hari mama makan tempe goreng sebagai pembuka selera gitu. Resepi Tempe Goreng Berempah dan Sambal Kicap ni mudah dan senang saje nak dibuat. Nak makan begitu saja sebagai hidangan petang pun boleh. Nak makan dengan nasi sebagai lauk pun boleh.

Resepi Tempe Goreng Berempah dan Sambal Kicap
Tempe Goreng Berempah dan Sambal Kicap yang sedap dimakan masa panas-panas

Jom kita tengok resepinya..

Resepi Tempe Goreng Berempah dan Sambal Kicap

Bahan-bahan:
3 bungkus tempe ( dipotong nipis)
*2 sudu besar ketumbar (seeloknya guna yang biji, tapi mama guna yang serbuk je hihi)
*1 sudu besar jintan manis (seeloknya guna yang biji, tapi mama guna yang serbuk juga hihi)
*2 biji bawang putih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Garam secukupnya
   
Cara-cara membuatnya:
1. Tumbuk lumat bahan yang bertanda *.
2. Campurkan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam dan gaulkan sehingga rata.
3. Lumurkan kesemua bahan itu dengan tempe.
4. Goreng hingga kekuningan
5. Sedia dihidangkan.

Tempe goreng kita dah siap. Jom tengok cara nak buat Sambal Kicap pula

Resepi Sambal Kicap

Bahan-bahan
15 tangkai cili api
4 ulas bawang putih
Kicap manis
Gula dan Garam secukup rasa

Cara cara:
1. Goreng cili api bersama bawang putih sehingga agak masak. Kemudian, angkat dari kuali.
2. Tumbuk dengan lesung hingga lumat. Senang aje nak menumbuk  sebab tadi dah goreng Dan dah lembut.
3. Tambah kicap Dan Gaul dengan garam Dan gula sehingga menepati Rasa korang nak. Boleh perahkan sedikit perahan air limau kasturi jika suka. Boleh juga tambah sedikit air kalau terlalu pekat.
4. Sedia dihidangkan bersama tempe tadi. 
Tags

Post a Comment

13Comments

Words of wisdom

  1. tempe memang sedap..buat goreng biasa pun mmg laku kat rumah ni..tambah kalau buat sambal kicap..haii mmg habis dulu sebelum dihidang dengan nasi la nanti..

    ReplyDelete
  2. Amboi sedap nie Adda, Abang Man suka la kalau masak macam nie..

    ReplyDelete
  3. sedapnyer mama...lagi2 ada sambal kicap,mmg bertambah la makan

    ReplyDelete
  4. sedap tempe ni..makin sedap makan dengan kicap kan?

    ReplyDelete
  5. bln puasa ni dana blm lg bt menu ni kak... alahai rindunya... ujung minggu ni nk bt lah

    nk cari tempe jenis yg dibungkus daun ngn surat kabar, yg ala2 mcm org kampung buat

    tempe ngn sambal kicap... mmg terbaik lah kak

    ReplyDelete
  6. sedap.. tempe antara fevret goreng saja pun ralit ngunyah.

    ReplyDelete
  7. kalau ikut resepi di situ macam mudah jak

    ReplyDelete
  8. Sedapnya mamapipie..saya memang peminat tempe...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya tempe goreng.. Saya ngn suami mmg suka makan nak nak cicah ngn sambal kicap.. Aduhhhh dap dap dap haihhh

    ReplyDelete
  10. Makanan kesukaan Sha nie.. Memang sedap sangat..

    ReplyDelete
  11. aida ni kurang makan tempe, mamapp.
    makan skit skit aje.
    tapi, kalau cicah sambal kicap tu, ntah ntah terlebih suka!

    ReplyDelete
  12. tempe my favorite!! ratah macam tu jepun sedap kan hehhee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!