ICU Sindrom Selepas Pembedahan

Selamat hari minggu semua. Korang pernah dengar tak ICU Sindrom Selepas Pembedahan? Tapi sebelum tu Mama nak Minta maaf kerana agak kurang aktif sejak beberapa  minggu lepas. Tok Mat Syafi Masih lagi Di rawat Di CICU. Walaupun dah nak masuk 2 minggu Tok Mat berada CICU tapi baru beberapa Hari ni Baru nampak Ada perkembangan positif walaupun keadaan dia ada waktunya Masih lagi kurang stabil. Doakanlah semoga Tok Mat cepat sihat ye. Semasa minggu pertama selepas pembedahan keadaan Tok Mat agak merisaukan mama. Tapi bila tanya doktor dan nurse, mereka kata tiada sebarang komplikasi yang berlaku. Keadaan luka pembedahan adalah baik dan Tok Mat tak rasa sakit pun. Cuma secara fizikal yang boleh dilihat Tok Mat ni seperti tak sedar lagi dan matanya pun x fokus.  Bila tanya adik mama yang merupakan seorang nurse rupanya Tok Mat menghidap ICU Sindrom Selepas Pembedahan.

Ni first time mama dengar sakit ICU Sindrom tau. Antara tanda-tanda sakit yang berlaku pada Tok Mat antaranya ialah katanya tak boleh tidur dan asyik terdengar bunyi peralatan mesin dalam CICU tu. Seain tu di memang nampak disoriented, geisah dan bila lihat mata hitamnya seolah-olah tak bersinar. Dia juga cakap merapu dan selalu hilang ingatan. Contoh, dia kata baru 2 hari operation padahal dah seminggu dah masa tu. epas tu dia cakap dia ada 2 motor dan suruh ambil satu. Kadang-kadang dia lupa siapa yang datang melawat tapi alhamdulillah dia masih kena semua orang. Paling tragi dia ada bagitau kalau  dia mati dalam CICU maknanya dia mati teraniaya dengan nurse dan doktor2. Siapalah yang tak risau dengan keadaannya tu. Tapi adik mama bagitau ICU sindrom ni ada kes yang lagi  parah sampai meronta dan ingat nurse dan doktor nak bunuh dia. Akibatnya, mereka akan ditahan di ICU lebih lama.

ICU Trauma Selepas Pembedahan

Mama ada buat sedikit pembacaan dan di bawah ni antara fakta mengenai ICU Sindrom yang mama dapat

Tanda-tanda ICU Sindrom

Kecelaruan fikiran, halusinasi, ucapan keliru, hilang ingatan, disorientasi, gelisah dan pada kes yang teruk akan bergelut dengan nurse/doktor kerana percaya pasukan perubatan nak cederakan dia. Tapi kadang-kadang tanda-tanda ini boleh juga disebabkan kerana kurang oksigen dan fungsi jantung rendah (sebutan slurred dan tak jelas tu)

Punca ICU Sindrom

Pesakit merasa tertekan dan sakit. Kurang tidur dan kekurangan deria & pergerakan. Contoh di CICU tiada tingkap dan tak boleh nak tau keadaan diluar tu siang atau malam. Sindrom sundowner esp orang tua. Faktor umur juga boleh menyebabkan sindrom ini. Orang yang lebih tua lebih cenderung menhidapi ICU Sindrom dan 80% yang guna alat bantuan pernafasan berisiko menghidapi ICU Sindrom.


Cara Mengurangkan Sindrom

Antara perkara yang boleh membantu pesakit cepat pulih antaranya biarkan pesakit biarkan tidur secukupnya dan kurangkan bunyi bising dan Cahaya lampu terlebih terang yang mengganggu pesakit semasa dia tidur. Kepada ahli keluarga inilah masanya untuk support mereka dengan membuat lawatan lebih kerap kerana apabila melihat muka yang biasa dilihat makan kurang sikit rasa lonely mereka. Selalu bercerita isu semasa dan keadaan cuaca di luar (ini mama praktikkan). Selain dari itu mama juga bawa dan pasang mp3 mengaji al-Quran. Kadang-kadang mama pasangkan juga siaran radio klasik kegemaran Tok Mat especially semasa tengah ada siaran berita dan tazkirah sebelum azan tu. 

Alhamdulillah selepas seminggu lebih sekarang keadaan Tok Mat dah semakin baik. Mama rasa tindakan staff nurse di CICU bernama Lina amat membantu Tok Mat cepat sihat dari ICU Sindrom. Dia dan beberapa nurse angkat dan dudukkan Tok Mat di kerusi semasa menjalani dialisis. Sejak itu keadaan Tok Mat lebih fokus dan tak bercakap merapu lagi. Alhamdulillah beberapa hari lepas Tok Mat dapat panggilan Haji dan dia jadi ebih bersemangat. 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Akak pernah alami icu trauma masa lepas akak bangun dari koma dan utk pengetahuan sampai sekarang..tiap kali nak lelap mata akak masih terbayang akak dalam icu..masih terbayang layanan buruk nurse2 icu..dan masih ingat dengan jelas saat terperangkap dalam halusinasi..bukan setakat akak je..tp mak jugak..masa kat icu dulu dia mamai lepas operation..kami sampai ckp kami x tinggalkan dia..ada kat dia setiap masa...sedih kalau ingatkan sebab masa tu 50-50...tp alhamdulillah lepas tu mak ok..ni baru2 ni masuk ward pun mak alami benda yg sama..sampai seksrang mak x boleh lena tido...sabar ye..doa banyak2 agar semua tu sementara je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat dugaan kak SA Dan mak kak sa. Semoga kak SA Dan mak boleh pilih Dari trauma ni. Hanya org Yang pernah hidapi tau macam mana beratnya ICU trauma ni kan

      Delete
  2. Allahuakbar semoga beroleh kesembuhan ya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Tok Mat dah selamat menjalani operation. Semoga cepat sembuh. Biasa dengar ICU Syndrome ni tapi selalu orang kata tak bahaya kalau cepat dikawal.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum salam isnin dari saya. Singgah blog walking :) Allhumma antassalam

    ReplyDelete
  5. Saya doakan semoga semuanya di lancarkan Allah. Tak siapa suka masuk hospital.

    ReplyDelete
  6. first time dengar mama...semoga tok mat cepat sembuh ye mama...

    ReplyDelete
  7. Allahu takut baca kes trauma selepas pembedahan..semoga Tok MAt segera sembuh seperti sediakala

    ReplyDelete
  8. Allahu.aina dulu masa operate bersalin penah jugak rasa mcm ni.

    ReplyDelete
  9. semoga tok mat cepat sembuh ya dan dapat menunaikan haji nanti..

    ReplyDelete
  10. Ramai juga yg first time dengar macam mama. Tq ye atas doa semua. Really need it

    ReplyDelete
  11. Pertama kali dgr pasal ni. Smoga Tok Mat cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin

    ReplyDelete
  12. Sha baru first time dengar pasal ICU trauma ini.. Semoga tok mat akan lebih sihat dan kuat.. Aamiin..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post