Memakai tudung yang bersuaian dengan bentuk muka..

Honestly, aku ni jenis yg tak suka pakai tudung yg fancy2. Selendang jauh sekali. Mmg tak reti hihi.. tapi bila tgk org lain pakai belit sana, belit sini.. Aku penah tengok mekap artis buat, letak sana, letak sini.. belit sana.. belit sini.. pusing sana.. pusing sini.. menjadik ajer.. cantek la sangat. Apakan daya, mmg aku tak reti nak pakai dan aku pon malas nak cuba. Kalau sampai seru nanti insya allah mana tau kan.. Jom baca tentang tudung mana yg sesuai utk bentuk muka kita..

1.     BUJUR : Pemilik muka bujur bertuah kerana wajah mereka sesuai dengan kebanyakan jenis tudung. Mereka bebas memilih tudung bawal, tudung ‘awning’, selendang, dan tudung Syria, tetapi harus berpada juga dengan tudung ‘awning’, pastikan ‘awning’ tersebut sesuai dengan bentuk bujur wajah. Ini kerana tudung ‘awning’ mempunyai saiz. Pastikan wajah tidak kelihatan seperti ‘cacat’ apabila memilih tudung ini.

2.     BULAT : Untuk bentuk wajah comel ini, disarankan memakai tudung bawal, tudung ‘awning’. Sebaiknya pilih ‘awning’ yang mencapai ke rahang, bukan di atas pipi. Ini dapat membantu membentuk ilusi bujur pada wajah anda. Elakkan tudung Syria kerana ia melekap pada muka. Jika masih ’teringin’ untuk gayakan tudung jenis ini, pilih anak tudung yang ada awning. Teknik solekan yang boleh wujudkan ilusi bujur pada wajah juga dapat membantu.

3.     BENTUK HATI : Untuk bentuk wajah sebegini, digalakkan memakai tudung bawal, tudung ber’awning’, dan elakkan memakai tudung Syria mahupun turban. Ini kerana bentuk wajah begini memiliki dahi yang tidak luas, serta anak rambutnya mudah nampak. Kerana itu, mereka akan kelihatan cantik dan manis jika memakai tudung bawal dan ber’awning’. Selendang juga boleh dipakai namun pastikan mencari anak tudung yang sesuai.

4.     PERSEGI : Untuk bentuk wajah begini, tudung ber’awning’ tidak sesuai dengan wajah anda. Justeru pilihan yang tepat ialah selendang dan tudung bawal. Ini kerana ilusi wajah anda amat unik dan bahagian rahang agak lebar, pastinya anda perlu ‘cerewet’ untuk memilih tudung yang sesuai buat anda.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. mmg mcm2 pesyen tudung skrg nie kan..tudung bawal tue dh dpinggirkan...

    ReplyDelete
  2. tudung ekspres jadi pilihan. syukur muka senang match.. :-)

    ReplyDelete
  3. cikgu pun tak pandai bergaya dgn tudung2 pelbagai ni..so far, masih setia dgn bawal je..hehe

    ReplyDelete
  4. muka ku bulat. tapi tak reti la nak pakai awning bagai ni.
    tapikan kalau orang cantik pakai ape pun tetap cantik gak huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. salam,.

    muka bulat camni teringin nak pakai tdung yg inner melekap,.tp mmg kene pandai cri inner yg sampai ke rahang,.bg nampak bujur sket,.hihi,.nice info,.:)

    ReplyDelete
  6. info yg menarik ^^

    makasi share ttg hal ini ^^


    Jom join segmen ini
    KLIK SINI

    ReplyDelete
  7. bagus info ni. saya nk share boleh?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post