Makanan sebagai ubat

Makan makanan tubuh ikut situasi
Rasa tertekan, sakit kepala atau mual? Selain menjadikan ubat sebagai pilihan untukmengurangkan kesakitan, tanpa disedari makanan yang dimakan juga boleh dijadikan sebagai alternatif untukmembantu mengurangkan kesakitan yang dialami. Menurut pakar, beberapa makanan dapat berfungsi sebagai ubat untuk mengatasi masalah yang anda alami. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh dimakan untuk mengatasi keadaan yang kurang menyenangkan:

Sakit kepala
Atasi rasa sakit kepala anda dengan minum air atau makan buah yang kaya dengan jus seperti tembikai. Pakar pemakanan Stella Metsovas menerangkan bahawa air yang terdapat pada buah tembikai serta buah lain yang seumpamanya amat baik untuk meredakan sakit kepala kerana ia kaya dengan mineral dan magnesium. Selain itu, ia juga baik untuk meredakan rasa sakit kepala yang berdenyut. Makanan lain yang juga kaya dengan air adalah seperti timun, tomato, beri dan salad.

Stres
Menurut para pengkaji, makan 1.4 auns coklat hitam setiap hari dapat meredakan stres. Ini kerana, kandungan zat di dalamnya dapat menghalang hormon kortisol dan catecholamines di dalam tubuh sehingga tekanan yang anda alami semakin berkurangan. Seterusnya, anda menjadi lebih tenang untuk melalui hari-hari anda.

Letih
Ketika tubuh berasa letih, jangan terburu-buru membancuh kopi untuk diminum. Sebaliknya, cuba sediakan sandwic atau roti yang berinti untuk diri anda. Menurut Heather K Jones, penulis buku berjudul ‘What’s Your Diet Type’, anda boleh makan roti berinti kacang dan pisang. Ini kerana, pisang merupakan sumber utama tenaga yang kaya dengan karbohidrat, kalium dan serat. Ketika digabungkan dengan kacang dan roti gandum, ia tentunya mempunyai stok tenaga yang banyak untuk anda.

Sukar tidur
Sup Miso, sejenis makanan khas dari Jepun ini mengandungi tryptophan, serotonin dan asid amino yang dapat membantu anda tidur dengan lebih cepat. Makanan lain yang turut mengandungi zat ini adalah seperti yogurt Yunani, sup miju-miju dan biji bunga matahari. Sebaiknya, elakkan makan makanan yang mengandungi alkohol dan gula, termasuk buah-buahan kerana kandungan insulin pada gula akan membuat mata anda celik dan terjaga.

Mual
Kunyah gula-gula getah perisa halia untuk mengatasi rasa mual anda. Makanan pedas dan manis ini sekali gus dapat mengatasi rasa mual dengan memberi rasa tenang di dalam perut serta bertindak sebagai zat antiinflamasi bagi mengurangi rasa mual anda.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. wah..tembikai ye...akan ku cuba..shah selalu sakit kepala..mekasih adak..

    ReplyDelete
  2. wahhh sup miso memang sedap pon..hehehe..info yang bagus nih huuhuu

    ReplyDelete
  3. boleh tak akak nak buat n3 dan link to this post??? terus ke n3 adik ni?? sungguh bermanafaat ni...ini utk blog akak yg pasal kesihatan tu...

    ReplyDelete
  4. ita, cubalah.. ko punya sakit kepala aritu dah ok ke?

    wani, kite pon suka sup miso.. yumm.. yumm..

    thanks ye matdin.. harap bermanfaat utk kita..

    kak sharifah noor, silakan ambil dan jgn lupa link kat saya ye hehe (gila glemer)..

    ReplyDelete
  5. info yang berguna... hehe... tapi kalau terlebih makan bukan2.. leh timbul sakit pulak.. hehe

    new entry
    Azam untuk berubah... apa tunggu lagi...??!!

    ReplyDelete
  6. betul2..penah cube tuk skt kepala dgn stres tu..mmg berkesan

    ReplyDelete
  7. tu la antara maksud setiap penyakit ada ubatnya..Hebatnya kekuasaan Allah menciptakan setiap sesuatu tu tanpa sia sia..

    ReplyDelete
  8. wahhh maceh2 best n3 ni. tapi bab tembikai tu mmg xleh arr x kenan ngan tekak

    ReplyDelete
  9. susah tidor..jauh sangat nu nak p cari sup sampai jepun tu..hihi,

    ReplyDelete
  10. Makan buah tembikai ubat sakit kepala ya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post