Menu Berbuka Puasa Minggu Pertama Ramadhan 2023

Salam 8 Ramadhan semua. Pejam celik dah seminggu kita berpuasa kan. Arini mama nak cerita Menu Berbuka Puasa Minggu Pertama Ramadhan 2023 bagi mama sekeluarga.

Seperti yang pernah cakap sebelum ni, menu berbuka mama tahun ni memang humble aje. Mama masak simple-simple dan  tahun ni juga mama berazam nak lebihkan sayur dalam masakan. Jom tengok menu mama selama seminggu ni.


Menu Berbuka Puasa Minggu Pertama Ramadhan 2023

Hari Pertama - lauk sambal sardin, ikan bilis goreng kicap (lauk kesukaan mama ni) dan timun, Selalunya ikan bilis kicap tu lauk hujung Ramadhan kalau dah takde idea nak makan apa. Tahun ni awal pula dia muncul hikhik

Hari Ke 2 mama cuma masak 1 lauk aje iaitu ayam masak cili kering. Ada mama kongsikan resepinya kat sini Resepi Ayam Cili Kering Menu Berbuka Hari KeduaMama letak kacang buncis lebih sket. Ikan masak asam pedas tu adik ipar mama yg masak


Hari ke 3 mama tak masak hikhik. Mama Berbuka di Buffet Ramadhan 2023 Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Selangor Bersama Anak-anak Al-Mahabbah Klang . Dah umur gini mama dah tak berapa reti makan buffet. Banyak sangat menu tak larat nak makan semua.  Gambar kat atas ni la antara yang mama makan tapi tu pun ada yg x habis. Rugi bawak mama makan buffet. hihi. Kambing golek, ketam, kue teow goreng dia higly recommended. Air minuman kat situ pun semuanya sedap..

Hari ke 4 mama masak asam pedas daging untuk dimakan bersama coq kucai. Tau ke coq kucai tu apa, cekodok kucai la hihi. Minum bersama air bandung soda ala kenduri hihi. Tengok resepinya kat sini Resepi Air Sirap Bandung Soda Lejen Gerenti Sedap Macam Kenduri Kahwin Punya

Hari ke 5 mama masak nasi goreng kampung dan makan bersama telur mato,  timun dan tomato aje.


Hari ke 6 mama masak sambal ikan kembung dan 2 jenis sayur iaitu bendi celur dan kangkung goreng campak2 bersama kicap (feveret mama juga). Risau sebab kangkung lebih goreng nasi aritu ada lebih. Takut layu.

Hari ke 7 mama cuma masak nasi goreng USA. Disebabkan semalamnya ada orang bagi nasi lemak maka berlebih pula nasi putih mama. Maka jadilah dia nasi goreng USA. Berlebih juga sikit nasi goreng mama ni. Bulan puasa makan tak banyak. Sedapt tau nasi goreng USA mama ni kalah warung haha puji diri sendiri. Nanti mama share resepi ye.

Amacam, memang humble aje kan menu Ramadhan mama tahun ni. Ala.. makan berdua aje. Anak masih di perantauan huhu rindu dia.. Walaupun dah seminggu mama still tak pandai nak budget lagi potion nk masak. Kalau boleh nak masak kuantiti ngam2 utk elak pembaziran.

Minggu kedua ni mama dah tak tau nak masak apa dah. Dh mula blur dan rasa mcm nak beli haha.. Kalau mama rajin next week mama update pula menu minggu kedua ye. Selamat berpuasa semua. 

Psst.. korang nye menu apa pula..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. boleh tiru menu mama...dah kering idea ni br seminggu puasa

    ReplyDelete
  2. Moga terus istiqomah lebihkan pengambilan sayur-sayuran.

    ReplyDelete
  3. Sedap menu-menunya... hampir sama Menu kita hehehe

    ReplyDelete
  4. Semua sedap2 tu mama. Nanti share resipi nasi goreng USA tu ye.

    ReplyDelete
  5. Kak Sue pun tengah mencuba nak masak menu ringkas juga Adda, dan tengah agak portion untuk ngam-ngam sebab kadang tu berlebih sampai esok..

    ReplyDelete
  6. uiiiii semuanya sedap2 belaka👍👍👍👍alhamdulillah rezeki ramadan

    ReplyDelete
  7. Semua hidangan menggiurkan...dapnyaaaa

    ReplyDelete
  8. Samalah kita, rugi bawak saya dan anak-anak makan buffet. Suami je yang boleh sumbat banyak, kalau kitorang startla episod nak muntah bila makan banyak :D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post