Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, January 13, 2023

Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir

 Assalamualaikum semua, terdapat satu doa iaitu Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir yang dibaca setelah selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam. Terdapat beberapa orang yang mama lihat ada amalkan perkara ini. Hukum doa ini adalah sunat, maka mama nak letak di sini untuk rujukan mama. Boleh mula amalkan nanti. Jom kita baca sama-sama pernyataan berdasarkan hadith Rasulullah SAW ni.


Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir


Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masih Dajjal. (HR Bukhari No: 1288) Status: Hadis Sahih



Kesimpulan hadith:

1.  Hidup manusia sentiasa terdedah kepada bahaya dan kejahatan. Kita disuruh berdoa agar sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, selamat daripada ujian di dunia dan juga di hari akhirat.

2.  Antara tempat yang disunatkan berdoa ialah setelah selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum Salam.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud, maka mintalah perlindungan pada Allah dari empat perkara yaitu dari siksa Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Al Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdoa untuk dirinya sendiri dengan doa apa saja yang ia inginkan.” (HR. An Nasai no: 1293) Status: Sahih



3.  Antara lafaz doa semasa selesai bacaan tahiyat akhir:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

4.  Doa di atas mengandungi permohonan perlindungan daripada siksa neraka jahanam serta daripada segala fitnah yang melanda manusia sepanjang masa hidup sehingga kematian.


Marilah kita amalkan doa ini agar sentiasa terhindar dari fitnah semasa hidup, fitnah dajjal, fitnah ketika mati, siksa kubur serta siksa neraka jahanam.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis 


13 comments:

  1. Terima kasih sebab berkongsi dengan kami

    ReplyDelete
  2. Sebuah perkongsian yang besar pengajarannya.

    ReplyDelete
  3. Memang patut amalkan doa sebegini di akhir-akhir zaman

    ReplyDelete
  4. insyaallah akan cuba dihafal... dah tua2 ni nak hafal lagu yg keluar hari2 kat radio pun kelaut.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih mama atas perkongsian ilmu yg bermanfaat.. ;)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih diatas perkongsian Adda

    ReplyDelete
  7. hidup zaman yg penuh dgn fitnah ni, seharusnya kita perlu sentiasa memohon agar dijauhkan drpd perkara sebegini

    ReplyDelete
  8. doa yang bagus
    memang dalam salat banyak doanya
    terutama fitnah dajjal

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah perkongsian yang baik

    ReplyDelete

Words of wisdom