Adil Dalam Tanggungjawab - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, January 6, 2023

Adil Dalam Tanggungjawab

Assalamualaikum semua, salam hari Jumaat penghulu segala hari. Sempena hari Jumaat ni mama nak mengajak korang sama-sama kita membaca sesuatu yang bermanfaat dan berilmiah. Keadilan itu sebenarnya memang susah untuk diberi dan diraih. Bukan senang kita nak berlaku adil tapi sebagai seorang muslim kita perlu adil dan bertanggungjawab. Jom sama-sama baca.  


Adil Dalam Tanggungjawab


وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

Dalam hadis Zuhair dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar (panggung) yang terbuat dari cahaya, di sebelah kanan tuhan yang bersifat ar rahman 'azza wajalla, mereka  ialah orang-orang yang berlaku adil dalam hukuman mereka, adil dalam keluarga dan adil keatas orang yang dibawah tanggungjawab mereka." (HR Muslim No: 3406) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan Hadith :



1.  Keadilan adalah suatu tuntutan dalam melaksanakan tanggungjawab.

2.  Dalam menjatuhkan hukuman, setiap kita perlu berlaku adil tanpa mengira siapa mereka.

3.  Ibnu Hajar menyatakan: Orang yang adil adalah yang mengikut perintah Allah dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa keterlaluan dan cuai.

4.  At-Tobari menyatakan: Keadilan adalah wajib keatas setiap orang dan dalam semua perkara, tiada sebarang kelonggaran dalam melaksanakan keadilan sekalipun ke atas keluarga yang dekat atau jauh, begitu juga dimasa senang atau susah.

5.  Berlaku adillah keatas orang yang dibawah tanggungjawab kita. Firman Allah surah al-Maidah ayat 8:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

6.  Jangan kerana kebencian kita kepada seseorang, segolongan puak, bangsa, parti atau sekelompok yang tidak sefikrah atau sependapat dengan kita, lalu kita tidak berlaku adil.

7.  Orang yang adil semasa di dunia akan mendapat tempat sebaiknya di sisi Allah.



Sumber: 1 Hari 1 Hadis 


14 comments:

  1. yang bimbangnya, kita rasa kita dah adil tapi sebaliknya bila di adili di padang mahsyar kelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut juga jadi mcm tu kan, takut kita salah pertimbangan semasa di dunia. sebab tu kena selalu rujuk semula hukum hakam dan rujuk ustaz2

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian mama

    ReplyDelete
  3. semoga bermanfaat untuk kita semua

    ReplyDelete
  4. Terima kasih mama atas perkongsiannya. ;)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah perkongsian yang bagus

    ReplyDelete
  6. Tambah² lg kalau menjadi ketua... harus juga didengari permasalahan anak buah sbb kekadang ketua beranggapan dia dah adil ttp sebaliknya

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Adda, selalu share entri bermanfaat macam nie..

    ReplyDelete
  8. adil tu penting.
    jaga diri kita dan org lain :)
    tak adil, surely ada part yg akan dikorbankan.

    ReplyDelete
  9. kadang-kadang dirumah pun rasa tak adil dgn anak-anak. marah yg besar yang kecik terlepas padahal dia pun jadi punca juga

    ReplyDelete
  10. yg penah sy belajar dulu, adil tu maksudnya meletakkan sesuatu di tempat yg betul. jd kalau salah meletakkannya, bermakna berlakulah ketidakadilan terhadap sesuatu pihak

    ReplyDelete
  11. ada jg yg bilang
    sudah adil bagi manusia
    tapi belum tentu oileh Tuhan

    ReplyDelete

Words of wisdom