Yey Dapat Hadiah Dari Fieza Sani

Assalamualaikum semua.. mama nak share kegumbiraan mama semalam. Mama dapat lagi hadiah dari Fieza Sani kerana terpilih sebagai Top Pengomen di blog Fieza untuk bulan September. Boleh baca kat sini

Top Pengomen Blog Bulan September 2022

Paling special ilah pagi nya tu Fieza dm mama dan beri tracking no. Tengah hari udah sampai barangnya.. cepat betul kan.. Apapun mama memang suka dgn hadiah ni. 


Tada.. mama dapat hadiah telekung travel dari Fieza.. Waaa mama memang suka hadiah macam ni. Telekung Saidatulmal katanya dibeli dari kedai tiktok. Mama memang tak reti langsung shopping kat TikTok.

Seperti yang mama beritahu Fieza.. mama suka telekung ni sebab warna dia gelap. Telekeung  travel ni kainnya dia agak nipis tapi takdelah ringan. So bila solat tu takdelah terbang2 telekung tu ditiup angin. Bila mama check tak nampak warna kulit disebalik kain tu. Maka seronok lah mama. Tak sabar nak pakai almaklumlah mama ni kan rajin travel.

Ada nota juga dari Fieza..

Aww.. terima kasih banyak Fieza. atas hadiah tu. Terima kasih juga sebab Fieza pun rajin singgah blog ni dan komen-komen..

Mama doakan semoga Fieza terus sukses, murah rezeki dan bahagia dunia akhirat. Semoga setiap kali mama guna telekung ni Fieza pun dapat pahalanya ye.. Mmuahhs..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Alhamdulillah. Pahala untuk penghantar juga.

    ReplyDelete
  2. Kan... Suka gak telekung travel.. Alhamdulilah semoga murah rezeki dedua pengirim dan penerima.. Tahniah

    ReplyDelete
  3. comel sangat, tahniah kak dapat hadiah

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak, rezeki tak pernah salah alamat :)

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat hadiah rajin betul Mama Pipie kite Tahniah!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..mmg tau k.adda suka travel, itu yg beli telekung travel ni..senang nak bawa ke mana-mana..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah mama. Walaupun sekarang surau mall dan R&R dah start sediakan telekung balik, tapi tetap selesa telekung sendiri

    ReplyDelete
  8. salam singgah. wah tahniah dpt telekung.

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah, tahniah Adda. Kak Sue pun suka sangat kalau dapat hadiah telekung..

    ReplyDelete
  10. tahniah atas kejayaan yang cukup bermakna tersebut

    ReplyDelete
  11. usaha dan kerajinan membuahkan kejayaaan yeah

    ReplyDelete
  12. aku suka gak telekung comel macam ni.. samalah tak reti gak shopping di tiktok

    ReplyDelete
  13. congrats! hadiah yg sgt useful...

    ReplyDelete
  14. wahhh best tuuuu tahniah! tahniah!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post