Bolehkah Wanita Haid Pegang Al-Quran Secara Berlapik ? - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, October 7, 2022

Bolehkah Wanita Haid Pegang Al-Quran Secara Berlapik ?

Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat semua. Harini mama nak share tentang Bolehkah Wanita Haid Pegang Al-Quran Secara Berlapik? Sebagai seorang kadang-kadang bekerja dan memegang al Quran, sering berlaku persoalan macam ini teruatama ketika sedang dala had. Mari sama-sama kita baca penjelasan dari Mufti WP.


Bolehkah Wanita Haid Pegang Al-Quran Secara Berlapik ?


Soalan:

Assalammualaikum, Adakah terdapat  halangan bagi wanita haid memegang al-Quran secara berlapik? Mohon pencerahan SS Mufti.


Ringkasan Jawapan:

Wanita haid dilarang memegang mushaf al-Quran walaupun secara berlapik.


Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Mereka yang mengalami hadas haid mahupun nifas haram memegang dan membawa mushaf berdasarkan dalil-dalil berikut:


Firman Allah SWT:

   (٧٩) فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ (٧٨) لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ 

Maksudnya: “Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (78) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (79)

Surah al-Waqiah (78-79)


Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar:

لا يمسُّ القرآنَ إلَّا طاهرٌ

Maksudnya: “Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci

Riwayat al-Tabarani


Seterusnya, maksud mushaf ialah nama bagi yang   tertulis padanya kalam Allah SWT antara dua kulit.[1]

Hukum  wanita memegang mushaf secara berlapik adalah haram berdasarkan pandangan fuqaha mazhab Syafi’i:

مَسُّ الْمُصْحَف   حَتَّى حَوَاشِيهِ وَمَا بَيْنَ سُطُورِهِ وَالْوَرَقِ الْبَيَاضِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ جِلْدِهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ الْمُتَّصِلِ بِهِ، وَيَحْرُمُ الْمَسُّ وَلَوْ بِحَائِلٍ، وَلَوْ كَانَ ثَخِينًا

“(Haram wanita haid memegang mushaf) walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid  awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal “[2]


Begitu juga, haram menyentuh mushaf secara berlapik dengan kain perca :

مراد بالمصحف : كل ما كتب لدراسة قرآن ولو بعض آية مفهمة، ويحرم مس المصحف ولو بخرقة

“Mushaf ialah sebarang perkataan yang ditulis untuk mempelajari al-Quran walaupun sebahagian ayat yang dapat difahami. Begitu juga diharamkan menyentuhnya walaupun berlapik pada perca kain. [3]


Kesimpulannya, mushaf al-Quran merupakan kitab suci yang terpelihara, maka individu yang mengalami hadas dilarang membawa mahupun memegang   mushaf walaupun secara berlapik dengan kain.

Sumber: irsyad fatwa muftiwp


Panduan JAKIM 

Bagi menyentuh dan membawa mashaf al-Quran yang lengkap, pengendali hendaklah mempunyai air sembahyang serta tidak berhadas besar kecuali al-Quran dalam format cereka optik seperti CD, Braille dan paparan skrin telefon bimbit.


Menanggung dan menyentuh mushaf bersama tafsirnya tidak menjadi haram sekiranya tafsirnya lebih banyak. Jika tafsir itu sama banyak, atau tafsirnya sedikit atau diragukan mana yang lebih banyak, maka adalah haram menyentuhnya. Ulama juga menggariskan kedudukan antara mushaf dan tafsir dalam mengukur banyak sedikitnya. Ketika menanggungnya yang diambil kira ialah jumlah Al-Quran dan tafsirnya.


Manakala dalam perkara menyentuh, yang perlu diperhatikan ialah tempat di mana ia meletakkan tangannya. Jika pada tempat itu tafsirnya lebih banyak, tidak haram menyentuhnya, tetapi jika Al-Quran lebih banyak, haram menyentuhnya.
(I’anah Al-Th alibin: 1:82)


15 comments:

  1. terima kasi untuk perkongsian ni mama! memang ingt boleh sentuh berlapik kalau tengah period

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah!
    Tq sis atas perkongsian info..
    Happy Weekend..

    ReplyDelete
  3. iya benar
    tidak suci ya dilarang memegang yang suci2
    seperti alquran

    ReplyDelete
  4. Terima kasig atas perkongsian...akak pun dah tanya beberapa tahun lepas..memang x boleh...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian. pernah juga buat, moga Allah ampunkan dosa saya

    ReplyDelete
  6. Terima kasih mama di atas perkongsian yang bermanfaat nie, yang kadang-kadang ada segelintir orang memandang remeh tentang perkara nie... Tapi bila dah ada penjelasan daripada pihak JAKIM, maka ianya perlu diambil berat tentang perkara nie..

    ReplyDelete
  7. terima kasih perkongsian dan info yang bermanfaat sekali

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas peringatan adda.. kalau yang tafsir boleh kan?

    ReplyDelete
  9. ammi memang ambil pendekatan utk tak sentuh Al-Quran, Al-Quran bersekali tafsir sewaktu period...takut sangat

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsiannya...

    ReplyDelete
  11. zaman jahiliyah sy mmg penah buat. byk nyaaa dosaaaaaa

    ReplyDelete
  12. zaman jahiliyah sy dulu mmg selalu buat.... allahuuu byk nya dosaaa

    ReplyDelete

Words of wisdom