Resepi Sup Tulang Berempah Mamak Style Periuk Noxxa - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Wednesday, July 20, 2022

Resepi Sup Tulang Berempah Mamak Style Periuk Noxxa

Assalamualaikum semua. mama minta maaf mama tak berapa ada masa untuk berblog beberapa hari ni. Kebizian melanda..Hari isnin aritu, mama buat kopi di pagi hari sampai tak sempat minum hingga keesokkan harinya. Semalam pula mama makan nasi lemak pagi hari, sempat makan separuh saja sampai ke malam tak sempat nak habiskan.. Semalam pukul 9 malam baru sampai rumah. tu la busynya mama.. Petang ni alhamdulillah baru lega sikt. Mama nak share Resepi Sup Tulang Berempah Mamak Style Periuk Noxxa yang mama buat di hariraya aidiladha haritu. Guna noxxa memang senang aje.. Kalau nak tengok resepi versi melayu boleh tengok sini Lauk Daging Qurban Pertama - Sup Tulang Periuk Noxxa.

Baca juga:


Resepi Sup Tulang Berempah Mamak Style Periuk Noxxa

Resepi Sup Tulang Berempah Mamak Style Periuk Noxxa
Resepi Sup Tulang Berempah Mamak Style Periuk Noxxa

Sedap tau sp tulang ni. Mama memang suka sup tulang jenis berempah macam mamak tu.


Bahan-bahan:

2 kg tulang lembu

200g daging lembu - dihiris 


Bahan tumis

1 biji bawang besar dihiris

2 btg serai diketuk

2 kayu manis, 5 pelaga, 3 Bunga lawang

2 sudu serbuk kurma

2 sudu serbuk sup

2 sup bunjut


Bahan Kisar

2 biji bawang besar

4 bawang putih

15 biji cili api (boleh kurangkan kalau tak nak pedas)

1 inci kunyit hidup

1 inci halia


Sayuran

2 biji carrot, potong dadu kasar

6 biji kentang, belah 4

2 batang celery potong kasar

4 biji tomato belah 4

Daun sup potong kasar

Daun bawang potong kasar


Cara Memasak



  1. ON Mode Stir Fry. Tumis bawang hiris bersama rempah 3 sekawan dan serai sehingga bawang kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kurma, serbuk sup, sup bunjut. Tumis sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga agak.garing.
  4. Masukkan tulang lembu beserta daging. 
  5. Masukkan air sehingga semua bahan tenggelam. 
  6. Off mode stir fry. Tutup periuk noxxa.
  7. Set 35 minit high pressure dan ON.
  8. Selepas 35 minit, jgn lupa release air pressure dari cooker. 
  9. Masukkan kentang, carrot dan tutup semula periuk. Set masa 5 minit high pressure Dan ON.
  10. Setelah siap dan release air pressure, buka tudung periuk.
  11. Tekan mode stir fry dan on.
  12. Masukkan daun celery, tomato, daun sup dan daun bawang. Kacau sehingga agak layu. 
  13. Siap!



Mama makan dengan soto memang terangkat satu family haha...


19 comments:

  1. Sedapnya Adda.. nanti nak try buat jugak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada tulang aje mesti nak buat sup kan

      Delete
  2. Selalu buat tapai x puas makan...apesal ntah..selalu suka tulang ribs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulang kan tak cukup isi ye.. sebab tu saya campur daging juga kak

      Delete
  3. Ya Allah mama... eishhh memalam bw ke mari.. aigguuy

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sup tulang cik Ash ada buat tak sup tulang aritu, menu pembuka selera ni makan nasi boleh bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik ash. kalau hujan2 lagi la sedap makan

      Delete
  5. bunga lawang itu seperti apa ya mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm english dipanggil star anise pak. tentu di indonesia ada juga mungkin namanya lain

      Delete
  6. nampak best...ammi pun suka sup mamak style

    tp jangan dibuat perangai skip2 makan minum ni ye mama....lain pulak jadinya nanti. nak kene piat tinge dia ni

    ReplyDelete
  7. Bizi sungguh tu kak oi sampai tak sempat makan. Dana hari selasa aritu pun masak sup tulang, rendam kejap pastu boh segala rempaj campak dalam noxxa je.

    ReplyDelete
  8. Nampak sedappppp..noxxa memang senang nak bagi daging empuk

    ReplyDelete
  9. Musim hujan sekarang ni memang sedap hirup sup berempah macam ni.

    ReplyDelete
  10. sedapnya.. aku tgh survey pressure cooker.. aku punya dah rosak lepas banjir huhu

    ReplyDelete
  11. Kat sini baru lepas hujan.. sedapnya nampak! 😍

    ReplyDelete
  12. Mesti lembut dagingnya sbb masak guna Noxxa :)

    ReplyDelete

Words of wisdom