Bagaimana Membantu Saudara Yang Zalim dan Dizalimi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, July 29, 2022

Bagaimana Membantu Saudara Yang Zalim dan Dizalimi

Salam Jumaat semua. Salam Awal Muharam untuk esok juga ye.. Harini mama nak buat perkongsian tentang Bagaimana Membantu Saudara Yang Zalim dan Dizalimi. Kadang-kadang kita berdepan dengan kezaliman sama ada orang itu sedang mengzalimi atau orang tu sedang dizalimi. Bagaimana Bagaimana Membantu Saudara Kita Yang Zalim dan Dizalimi? Jom sama-sama kita baca..

Baca juga:


Bagaimana Membantu Saudara Yang Zalim dan Dizalimi

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Daripada Anas RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: "'Tolonglah saudaramu baik ia berbuat zalim atau dizalimi." Ada seorang laki-laki bertanya; 'ya Rasulullah, saya maklum jika ia dizalimi, namun bagaimana saya menolong saudara yang  melakukan kezaliman? ' Nabi menjawab; "engkau mencegahnya atau menahannya dari kezaliman, itulah cara menolongnya." (HR Bukhari No: 6438) Status: Hadis Sahih


Kesimpulan Hadith:


1.  Seorang Muslim wajib membantu muslim yang lain.

2.  Jika saudara kita dizalimi, menjadi tanggungjawab untuk menolong dengan  membela dan mempertahankannya.

3.  Jika saudara kita melakukan kezaliman, menjadi tanggung jawab kita untuk membantunya agar tidak berterusan melakukan kezaliman. Contohnya jika saudara kita mencuri, rasuah, menganiaya orang atau binatang, kita wajib menghentikan, menghalangnya agar tidak berterusan membuat kezaliman.

4.  Seorang Muslim tidak boleh membabi buta membela saudaranya yang berbuat zalim 

5.  Bantu orang lain agar tidak dizalimi oleh orang yang zalim dengan cara memberi peringatan kepada mereka tentang kezaliman orang yang zalim. 


Sumber: 1 Hari 1 Hadis 


4 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. jangan berbuat zalim
    karena sifat zalim itu bisa menular ke orang lain
    belum lagi ada balasannya di akhirat kelak

    ReplyDelete
  3. Kadang2 baca dlm berita mak bapak taknak report anak2 ambik dadah ke polis, taknak anak2 kena angkut pergi ke pusat pemulihan sbb zalim katanya. Padahal dia tak stop anak2 dia buat kezaliman (ambik dadah), bukan ke lagi zalim? Lagi2 skrg ni kita dgr kes bunuh sbb di bawah pengaruh dadah, bertambah dosa mak bapak sebab tak hentikan kezaliman sejak awal lagi.

    ReplyDelete
  4. yang penting jangan berbuat zalim pada orang lain..

    ReplyDelete

Words of wisdom