Pengalaman Berpuasa dan Beraya dengan Long Covid - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, May 23, 2022

Pengalaman Berpuasa dan Beraya dengan Long Covid

Assalamualaikum semua. Dah lama mama nak share tentang symptom long covid yang mama alami tapi apakan daya semenjak raya ni mood mama memang betul-betul ke laut. Tengah nak pancing balik mood mama tu. Mama nak share Pengalaman Berpuasa dan Beraya dengan Long Covid. Sebgai kenangan buat mama sendiri kat sini.


Pengalaman Berpuasa dan Beraya dengan Long Covid

Seperti yang mama pernah cerita sebelum ni , mama sekeluarga dijangkiti virus Covid-19 seminggu sebelum puasa dan tarikh kuarantin mama habis adalah sehari sebelum puasa. Meskipun dah habis tempoh kuarantin tapi keadaan mama memang tak ok lagi masa tu. Semput sampai tak boleh pakai mask, suara pun lain dan bila cakap termengah-mengah. Sementara tu, deria bau dan rasa hilang juga. 

Baca:


Hilang Deria Bau dan Rasa

2 minggu pertama berpuasa memang mama tak boleh bau dan rasa makanan. Mama masak untuk berbuka ikut skill agak-agak aje. Campak-campak aje. Tapi alhamdulillah en suami kata sedap. Kalau tahun lepas mama memang suka minum air berperisa bersama ais semasa berbuka tapi tahun ni mama berbuka dengan air kosong aje tau sebab takde beza pun. Tekak tak boleh rasa. Kelakar sangat sebab setiap kali makan mama akan interview en hubby tanya makanan tu rasa macam mana. Sedap tak ayah? Bila en hubby explain rasa dia macam mana so mama bayangkan aje rasa tu.

Mama ni sejenis yang suka baju mama wangi-wangi. Bila basuh baju memang mama cerewet bab letak sabun, fabric softener hatta timing angkat baju pun mama jaga tau. Mama suka angkat baju masa tengah cuaca panas sebab nanti bau wangi baju tu naik. Tapi kan, semenjak kena covid ni mama basuh baju tak letak softener pun. Baju wangi ke tidak, pun mama tak tahu. Kelakar juga kan.

Selepas 2 minggu berpuasa baru ada sedikit bau yang mama boleh identify iaitu bau wangi sikit-sikit. Bau yang kembali ni terasa jauh sangat dan biasanya deria bau takde waktu pagi. Menjelang tgh hari baru dia mari sikit. Yang bestnya hidung mama tak detect bau busuk sehinggalah hampir sebulan. Ada sekali tu mama pergi berbuka dekat rumah kakak dan masak di wet kitchen luar rumah. Longkang situ tersumbat rupanya. Terpinga-pinga mama bila adik dgn kak ipar ckp tempat tu busuk.. Terasa masa terlindung pula diri mama dari bau busuk haha..


Sakit Dada

Mama rasa masalah sakit dada ni ada kaitan dgn masalah semput selepas sembuh covid. Mula-mula mama tak perasan. Yang mama tahu semasa bulan puasa mama selalu diserang sakit dada menjelang petang. Cuba tarik nafas dalam-dalam pun tak lega. Takut juga mama. Bila mama check rutin hari yang mama terkena sakit dada ni baru mama perasan yang mama akan sakit dada bila kurang tidur atau tak cukup rehat. sampai sekarang mama akan terkena sakit dada kalau penat. Sebab tu lah mama selalu tidur/qailullah waktu tgh hari di office pada waktu rehat. Bila dah malam dan mama mula rasa mengantuk, mulalah terasa jantung berdegup kuat.

Sejak pulih dari covid, mama selalu juga buat senaman pernafasan. Mula-mula tu mama langsung tak boleh tahan nafas even 1 saat. Lama-kelamaan mama boleh tahan sehingga 4 saat dan minggu lepas bila mama buat alhamdulillah boleh tahan sampai 9-10 saat walaupun dah nak putus nyawa. Baca quran pun sekarang ayat pendek-pendek aja dah kena waqaf. Sebab tu senaman pernafasan ni penting. Sampai sekarang ada masanya mama akan rasa semput bila pakai mask.


Batuk

Batuk yang mama alami ni bukan batuk biasa. Sesekali mama akan terbatuk tapi sekali aja. Batuk tu disertai dengan debaran jantung yang kuat. Macam semput. Sebab tu mama jarang minum ais. Kalau mama minum ais cepat aje kesannya iaitu batuk mama akan jadi lagi kuat. Time beraya rumah orang terasa bersalah juga risau tuan rumah ingat mama bergejala  covid etc.


Hidup Sebagai Coffee Lover

Sebagai seorang yang enjoy coffee, long covid ni memang merubah hidup mama dan kopi. Sekarang ni walaupun 80% deria bau dan rasa sudah kembali tapi hidung mama ni masih belum alert 100% certain bau termasuklah kopi. Tekak mama ni pula makin sensitif dengan rasa pahit. Sebab tu sekarang ni walaupun mama masih minum kopi, tapi mama tak enjoy macam dulu. Dulu mama suka kopi pekat tapi sekarang mama buat mild aje dan tak sekerap dulu. Eh, tak sekerap dulu.. statement tu tak berapa betul. Mama masih lagi minum kopi hari-hari sejak dah mula boleh rasa kopi haha..


Ada Hikmahnya

Walaupun kesan covid ni still ada sampai sekarang kepada diri mama, mama bersyukur kerana masih diberikan kesihatan. Walaupun ditarik sedikit nikmat di dunia tapi mama redha jika ini yang ditetapkan oleh Allah. Kalau ada sesiapa yang terkena long covid macam mama, diharap jgn putus asa. Cubalah cari ikhtiar untuk kembali pulih. Macam mama sekarang sedang amalkan makan sacha inchi, madu dan kerap buat senaman pernafasan. Jaga makan dan jada badan agar cukup rehat. Berkemungkinan long covid ni adalah peringatan untuk kita lebih serius menjaga kesihatan kita.


22 comments:

  1. Semoga mama kuat & tabah menghadapi simptom2 long covid ni
    Walaupun nikmat ditarik sedikit
    Janji mama & kopi berpisah tiada. kan? Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sudah semestinya syu.. kopi masih di hati

      Delete
  2. Insya Allah lama-lama pulih 100%.

    ReplyDelete
  3. teruk juga mama kena yea...moga semua nya kembali seperti sedia kala insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Lama kesan Covid ni, badan pon tak akan sama macam dulu. jaga diri ya

    ReplyDelete
  5. take care...semoga segera pulih..
    kawan saya ada juga mcm ni...sakit dada sampai sekrg, tak boleh renyah2, lasak2..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ya ma, masih diberikan kesihatan dan kekuatan oleh Allah, semoga kita selalu dilindungi oleh Allah

    ReplyDelete
  7. teruk juga ye. saya ingatkan batch covid tahun 2022 ni simptom takdelah teruk sangat. semoga mama cepat kembali sihat dan cergas macam dulu. Syukur jugaklah tak teruk sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki masing2 sal.. terima aje la kan. tq atas doa

      Delete
  8. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik lepas ini. Cuba amal madu lebah & habbatus sauda lepas ini kak.. :)

    ReplyDelete
  9. Moga-moga mama akan pulih sepenuhnya aamin

    ReplyDelete
  10. Semoga Kak Adda diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.

    ReplyDelete
  11. teruk jugak ye kat awak..
    ammi alhamdulillah agak mild kesannya pada ammi.

    penah rasa sakit bawah rusuk kiri bila tarik nafas dalam, bila tidur mengiring mungkin sbb batuk melampau ke.. sampai 2 minggu gaklah rasanya. pergi pharmacy tunjuk tempat sakit, dia bagi muscle relaxant ehhhh terus elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ye ammi mujarab musle relaxant tu

      Delete
  12. long covid ni ambil masa nak hilang. haritu pun tak boleh nak puasa sebab kering tekak je mula semput lepastu muntah kahak. Get well soon akak sekeluarga

    ReplyDelete
  13. Insha Allah lama2 akan kembali pulih.

    ReplyDelete
  14. seriau... Sy pun mengalami perkara yang sama long covid batuk tak berhenti, dtg office org takut terjangkit covid kita serba salah dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, risau juga org lain pandang serong kat kita..

      Delete

Words of wisdom