Berbuat Baik Kepada Jiran - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, May 20, 2022

Berbuat Baik Kepada Jiran

Assalamaualaikum semua. salam hari Jumaat yang penuh keberkatan. Di bulan Syawal ni tentu masing-masing sibuk dengan open house dan dijemput jiran-jiran kan. Harini mama nak share tentang Berbuat Baik Kepada Jiran. Mari sama-sama kita baca untuk renungan Jumaat.


Berbuat Baik Kepada Jiran

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ


Daripada Ibnu Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Jibril sentiasa mewasiatkanku untuk berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku mengira tetangga juga akan mendapatkan harta waris." (HR Bukhari No: 5556) Status: Hadis Sahih




Kesimpulan hadith:

1.  Islam menuntut umatnya agar sentiasa berbuat baik dan menghormati orang lain khususnya  jiran tetangga.

2.  Syaikh Abu Muhammad bin Abi Jamrah dalam Fathul Baari (X/456) mengatakan: terlaksananya wasiat berbuat baik kepada tetangga dengan menyampaikan beberapa bentuk perbuatan baik kepadanya sesuai dengan kemampuan seperti saling berhadiah, memberi salam, berwajah yang berseri-seri ketika bertemu, mengambil tahu keadaannya, membantunya dalam hal yang ia memerlukan, serta menahan sesuatu yang boleh mengganggunya.

3.  Ibnu Hajar menyebutkan, berbuat baik kepada tetangga itu mencakupi  yang muslim dan juga yang kafir, ahli ibadah dan orang fasik, teman dan lawan, orang asing dan penduduk tempatan, yang memberi manfaat dan yang memberi mudarat, kerabat dekat dan jauh, rumah yang paling dekat dan paling jauh. 

Moga kita sentiasa berbuat baik dan prihatin kepada jiran tetangga. Bersama kita membina masyarakat rahmah dan berkasih sayang.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis telegram.me/hadisharian_ikram



11 comments:

  1. jiran yg baik buat hidup kita tenang...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,jiran juga dapat membantu kita bila kite susah..

    ReplyDelete
  3. Tak rugi buat baik kat jiran. Banyak hikmahnya.

    ReplyDelete
  4. jiran ni ibarat ahli keluarga kita jugak dah kalau dh bertahun² hidup berjiran

    ReplyDelete
  5. kalau dapat jiran yang baik best kan, dapat tengok tengok kan rumah

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian. kita buat baik, Insha Allah dibalas baik juga

    ReplyDelete
  7. semoga bernfaat buat kita semua

    ReplyDelete

Words of wisdom