Review K-Drama Mouse

Review K-Drama Mouse. Sesekali mama memang suka tengok cerita jenayah-jenayah ni. Bila baca sinopsis macam ada unsur sci-fi tapi sebenanrnya cerita ni memang purely tentang crime, thriller dan psycho killer. Berat juga cerita ni tapi mama boleh tonton hingga habis. Mama bagi 9/10 bintang.. Lain dari yang lain cerita ni sebab plot twist dia ada di setiap episod tau, belum lagi plot twist keseluruhan cerita.. Penat tengok tapi puas hati la..


Baca ni juga:


Review K-Drama Mouse

Drama: Mouse

Jumlah episod: 20

Tahun tayangan: Mac-Mei 2021

Pelakon: Jung Ba-Reum (Lee Seung-Gi), Go Mu-Chi (Lee Hee-Jun), Oh Bong-Yi (Park Ju-Hyun) 

Genre: Crime, thriller


Sinopsis K-Drama Mouse

Cerita ni mengisakah tentang ujian DNA yang boleh menentukan sama ada janin dalam perut tu ada DNA psychopath sebelum lahir. Chances cuma 1% tapi kajian ni menyebabkan akan ada situasi yang nak gugurkan kandungan. Terdapat 2 bayi yang detected ada gene ni membuatkan ibu-ibu bayi ni serba salah sama ada nak teruskan kandungan atau gugurkan kandungan. Namun begitu experiment ni di tentang hebat oleh umum dan terpaksa dibatalkan.


Awal cerita ni dah mula intense dan buat mama geram dengan serial killer dan psychopath killer. Pada awal cerita dah buat mama rasa kesian sangat dengan nasib yang menimpa keluarga Mu Chi yang dibunuh kejam oleh psycho killer dan menyebabkan abangnya dia cacat. Pembunuhnya dapat ditangkap dan ujian pada bayi yang dikandung isteri pembunuh itu menunjukkan bayi itu ada gen psycopath.  Selepas beberapa tahun berlalu dan bayi-bayi ni telah menjadi dewasa. Namun begitu kita takkan tahu identiti bayi ini sehingga pertengahan drama.


Selepas itu kisah diteruskan sengan watak Bareum, seorang polis yang yang baik, lurus, rajin menolong orang dan dia bertemu dengan Mu Chi yang juga kini seorang polis unit jenayah. Berlaku pembunuhan bersiri di kawasan nya membuatkan Bareum  ingin bekerjasama dengan Mu Chi tapi ditolak Mu Chi sebab nampak Bareaum ni tak berapa cekap. Lama kelamaan mereka suspect Sung Ho seorang doktor yang rupanya Sung Ho, anak kepada pembunuh bersiri yang membunuh parent Mu Chi sebagai pembunuh bersiri yang berlaku sekarang. 


Akhirnya Sung Ho ditembak oleh Mu Chi semasa dia nak bunuh Bareum namum Bareum juga kritikal sebab kepala dia di ketuk dengan hammer. Untuk menyelamatkan Bareum, doktor telah membuat  implant tempurung dan sedikit otak dari Sung Ho secara rahsia. Selepas dari episod 4 ni lah yang akan lebih buat kita tertanya-tanya. Sebab selepas sedar, Bareum hilang ingatan tapi sesuatu yang misteri berlaku. Dia jadi cekap dan memahami psycho killer dengan lebih hebat sehingga dapat membantu Mu Chi menyelesaikan beberapa kes. Lama kelamaan dia mendapat sedikit demi sedikit /memori dari Sung Ho dan menjadi lebih ganas . Dia risau dia akan bertukar menjadi pembunuh. Tapi dia tak boleh nak minta tolong dari sesiapa sebab dia taknak dunia tahu yang otak pembunuh ada dalam diri dia. Walaupun pada mulanya byk plot twist, tapi lama kelamaan Bareum yang nampak baik ni buat kita terdetik adakah dia ni sebenarnya orang jahat / psychopath sebenar.


Akhirnya dia membunuh seorang penjahat. Tapi bila dia nak serah diri, semua evidence hilang dan perkara ni terjadi bebrapa kali sehiingga polis anggap dia boy who cries wolf.  Rupanya ada konspirasi lebih besar di sebalik kisah Jung Ho dan Beaum ni yang ada kaitan dengan eksperimen DNA sebelum ni. Menuju ke akhir cerita mama dah pasrah dah, sebab dah dapat rasakan ending cerita ni kena redha haha.  OK, penat nak cerita.



Spoiler:alert!

Pic fr Twitter


Walaupun mama dapat terima ending cerita yg sebegini tapi mama rasa agak kurang adil bagi Bareum. Walaupun dia dilahirkan sebagai  psycopath tapi dia tak pernah inginkan dirinya jadi macam tu. Dia sentiasa berdoa agar dia tidak menjadi seorang killer. Dan pada masa yang sama keadaan yg membuatkan dia membunuh sebab di trigger oleh pihak tertentu.


Pada mama, Bareum sedari kecil lagi mungkin ada gen psychopath dalam dirinya tapi bukan itu yg menyebabkan dia menjadi pembunuh. Bayangkan sedari kecil dia dianggap psychopath oleh mak dia sendiri dan sanggup pula mak dia bela anak org lain dari jaga anak sendiri. Keluarga angkatnya kena bunuh dan dia pula sentiasa diperhati dan akhirnya di trigger menjadi pembunuh oleh pihak kerajaan sendiri atas kepentingan mereka.


Agak sedih tengok ending sebab semua org sekeliling dia happy, tapi dia ended dgn tragic. Seperti yang Moo Chi cakap, sama ada tuhan hukum dia, atau nak selamatkan dia. Sebab dia mati dalam keadaan penyesalan dan bertaubat.


Quote dari Bareum ialah "In my next life, I’ll be born as an ordinary human being. ” Kesian sangat kat dia. Jarang cerita psychopath tetiba kita jadi kesian plak dgn org jahat.


Alangkah bagusnya kalau ada secebis kemaafan buat Bareaum sebab sejak dapat cebisan otak Sung Ho dia sudah merasakan emosi dan dia dah berubah menjadi lebih bagus. Tapi ending semua org tak maafkan dia huhu.. Ending semuanya happy kecuali Bareaum, walaupun hakikatnya memang la baeaum tu jahat tapi takde langsung 2nd chance.


Ada sesapa yang dah tengok cerita ni tak. Pada mama ni cerita berat. Lama mama berhenti tengok drama Korea sebab cerita ni haha.. penat tau tengok cite ni.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. betul citer ni berat... kita pun tgk separuh je hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. separuh pun dah byk tu ako hihi cukup berat dah tu. nanti sambung lagi kasi abis tau

      Delete
  2. Wah macam menarik je cita nie Adda, Kak Sue pun suka cerita jenis macam nie. Lepas tu mula lah rasa penat perasaan.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak sue, penat tau tgk citer ni. kalau kak sue genre ni boleh la try

      Delete
  3. drama ini memang plot twist dia tak boleh jangka dari awal...
    masa dah tahu si boreum yg jahat rasa mcm tak boleh terima... tapi itulah rupanya si boreum la anak pembunuh bersiri dan doktor yg mati tu org baik...

    memang berat drama ni tapi bagi yg suka drama jenayah n misteri meman layan

    ReplyDelete
  4. fuh kalau saya, pening juga tengok cerita macam ni, tak berapa rajin nak fikir haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer kena fokus sikit kalau tak takut tak faham syaz

      Delete
  5. Oh baca sinopsis Adda tulis pun rasa penat. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bila baca balik post ni pun terasa letih na haha

      Delete
  6. Macam menarik...bleh la tengok nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. try kak.. first eipod pun dah berat dan thriller dah

      Delete
  7. Drama ni memang best cuma penat meneka apakah plot twistnya😂.

    ReplyDelete
  8. belum tengok..heavy jg plot dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nohas. citer ni langsung takde romance. tapi best la

      Delete
  9. okay nak tengok gak nanti, macam menarik jer..

    ReplyDelete
  10. aku tengok cerita ni siri pertama dah tak sanggup teruskan.. psiko.. haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post