Review K-Drama Two Weeks - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, September 20, 2021

Review K-Drama Two Weeks

Review K-Drama Two Weeks. Disebabkan mama suka tengok cerita aksi, maka mama jumpa cerita Two Weeks ni. Walaupun drama ni tahun 2013 agak lama dah tapi surprisingly jalan cerita dia memang best dan suspense level dia pun boleh tahan. Sebab tu mama bagi 9/10 bintang. Cerita ni ada elemen family tu juga yang buat mama nak tengok. Best juga layan cerita family macam ni, 

Baca juga Review Korean Drama Flower of Evil


Review K-Drama Two Weeks


Tajuk Drama: Two Weeks 

Genre: Action, Crime, Family

Jumlah Episod: 16

Tahun tayangan: Hujung  tahun 2013

Pelakon: Jang Tae-San (Lee Joon-Gi), Park Jae-Kyung (Kim So-Yeon), Im Seung-Woo (Ryu Soo-Young), Seo In-Hye (Park Ha-Sun), Seo Soo-Jin (Lee Chae-Mi)


Sinopsis K-Drama Two Weeks

Mengisahakan tentang Jang Tae San seorang gengster kecil-kecilan. Hidup dia takde makna dan dia agak foolsh. Dia pernah bercinta dengan In Hye dan semasa dia decide untuk keluar dari kumpulan gengster tu dia diugut untuk menjadi scapegoat kepada kes jenayah boss dia, Moon Il Seok. Jika dia menolak, In Hye akan dibunuh. So, dia terpaksa putuskan hubungan dgn In Hye secara kejam dan suruh In Hye gugurkan kandungan tanpa memberitahu sebab.

Selepas 8 tahun hidup dengan membenci Tae San, In Hye akhirnya terpaksa cari Tae San kerana anak mereka yang berumur 8 tahun ada acute leukimia, dan perlukan bone marrow donor. dengan segera So far tiada yang layak. Tae San pada mulanya tak dapat terima yg dia ada anak sebab dia ingatkan In Hye dah gugurka kandungannya 8 tahun lalu. Akhirnya bila di periksa, Tae San adalah donor yang layak dan perlu membuat bone marrow transplant dalam masa 2 minggu. Anak dia Soo Jin pula akan alami radiation terapi selama 2 minggu tu sebagai preoperative treatment. Jika selepas 14 hari bone marrow tak dapat dilakkan, Soo Jin akan mati.

Suka relationship father daughter ni. 


Pada tarikh Tae San sahkan akan derma bone marrow, dia diperangkap dan dituduh menjadi pembunuh kepada pelanggan pawn shopnya. Dia ditangkap polis dan pada masa yang sama Moon Il Seok nak bunuh dia dalam penjara. Untuk survive Tae San terpaksa melarikan diri dan bermulalah acara kejar mengejar. Dia diburu oleh polis dan juga ingin dibunuh orang jahat. Kes dia diambil oleh detektif Seung Woo, pakwe kepada In Hye.

Dua minggu  berikutnya adalah perjuangan Tae San untuk terus hidup  supaya dapat menyelamatkan  anak perempuannya. Pada masa yang sama dia kena pastikan dia sihat dan tiada infection supaya bone marrow dapat dilaksanankan.


Dituduh membunuh, dia dikejar oleh polis dan pada masa yg sama ingin di bunuh org jahat. Alahai penatnya jadi Tae San

Cerita ni ala fugitive version korea dan ada elemen kekeluargaan. Boleh lihat perkembangan watak Tae San dari seorang yang tak peduli masa depan menjadi seorang yang lebih serius, bertanggungjawab, bijak dan ada paternal instict. Lama kelamaan In Hye yang benci sangat pada dia pun mula merubah persepsi. Mama suka watak Tae San ni sebab watak dia real. Dia orang biasa-biasa, tak terlalu pandai, tak terlalu hebat.


Mama suka tengok adegan monolog dgn Soo Jin. Plot tak berapa dapat diduga. Kamera yang menjadi bukti pembunuhan tu akhirnya dirampas org jahat. Tapi Tae San ni bijak, dia plot perkara lain dan bekerjasama dgn prosecutor. Park Nampak desperation dia untuk prepare bone marrow utk anak dia dan desperation untuk survive dari polis dan juga Moon Il Seok.


Ms park si prosecutor dan killer si Kim yg ada cerita sendiri. Scary setiap kali Mr Kim ni keluar sebab dia ganas. Tapi mmg power dia ni.


Walaupun ni cerita lama, dan cara shoot cerita ni pun style macam Masters's Sun dan Nine Travel Nine Time, tapi cerita ni buat kita stay tengok sebab jalan cerita dia memang best. Watak Soo Jin, memang smart girl dan comel sangat. Mana tak bapa dia cair even masa first time jumpa lagi. Mula-mula terkejut juga macam mana Soo Jin boleh recognize ayah dia. Tapi rupanya dia memang nak sangat jumpa dgn ayah dia sejak dulu lagi.


Apakah pengakhiran kepada keluarga ni.. Dont expect too much.


Mama suka juga tgk adegan flashbak bagaimana pertemuan dan hubungan In Hye dgn Tae San. Comel aje. Cerita ni mmg xde hubungan romantik sebab In Hye dah ada pakwe. Ending dia pun lain dari yang lain. Semua watak respect each other. Kalau korang nak tau lebih lanjut silalah tgk sendiri ye. Kalau korang ada suggestion cerita action yg best2 bgrtau ye.


22 comments:

  1. dana pun suka drama penyiasatan, cinta komedi, misteri yg tak seram sgt... drama mcm penthouse dana tak minat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kite dana. ramai kata penthouse best tapi bila baca sinopsis dia tak rasa nak tgk pula

      Delete
  2. menarik jalan cerita dia..boleh tonton juga nnt :)
    tq sharing mama :)

    ReplyDelete
  3. antara cerita aksi dengan lawak..

    sudah tentu saya lebih layan cerita lawak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama suka juga citer lawak tapi tak tahu citer mana yg best selain welcome to waikiki

      Delete
  4. jalan citer menarik, mama. tapi saya tak baper suka drama korea sebab tak suka dorang berckp ada bernada. agak annoying dgr. hehe..untuk saya lah..orang lain ramai je suka citer korea ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah diorg cakap macam ada lagu sket kan. mama tak berapa suka kalau diorg kuat jerit2

      Delete
  5. Mesti tegang sahaja hidup Tae San. Tidak tenang hidup.

    ReplyDelete
  6. best drama ni. memang suka kalau Lee Joon-Gi yang berlakon, memang emosi sekali.
    kalau minat boleh tengok drama ni jugak -Signal/Life on Mars/Prison Playbook

    ReplyDelete
    Replies
    1. best juga lakonan joong gi tu. life on mars mama dah tengok mmg best. signal dgn PP tu nanti la masuk wishlist. tq fariha

      Delete
  7. Tinggi rating mama tu, mesti best. Sesuai untuk yang minat drama penyiasatan dan saspen

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama up cerita best2 je kat blog ni. cerita tak best taknak cerita kat sini hihi

      Delete
  8. kesiannya anak dia tak pasal berisiko tinggi bila ayah dia disalah tuduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. tapi anak dia mmg sweet sgt dan bijak

      Delete
  9. ok bole masul list ni, sy sekrg tgh layan the devil judge..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. the devil judge udah habis ke semua episod, kalau belum habis idok le mama nak tengok lagi

      Delete
  10. kdrama memang jarang tak best! dah masuk dalam list! jemput baca yaa doa selepas solat , Borong China , kurus

    ReplyDelete
  11. Pelakon pelakon dia macam kurang familiar. Kisah kekeluargaan ni dalam Kdrama selalunya menarik untuk ditonton.

    ReplyDelete
  12. Ahh kesiannya anak dia. Saya suka kdrama cerita begini gak. Menarik saya boleh masuk dalam list!

    ReplyDelete

Words of wisdom