Jangan Meremehkan Kebaikan Kecil - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, October 29, 2021

Jangan Meremehkan Kebaikan Kecil

Assalamualaikum semua. Sudah bertemu hari Jumaat semula kita kan. Alhamdulillah masih diberi peluang. Mama memang sibuk minggu ni, sibuk dengan kerja dan juga urusan peribadi. Doakanlah mama dipermudahkan urusan ye. Sambil tu mama nak share berkenaan Jangan Meremehkan Kebaikan Kecil. Semoga menjadi peringatan buat mama dan kita semua.


Jangan Meremehkan Kebaikan Kecil



عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

"Daripada Abu Dzar, Rasulullah bersabda: Jangan sekali-kali kalian menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa keceriaan wajah ketika bertemu dengan kawanmu" 

-HR Muslim No 4760. Status: Hadis Sahih


Kesimpulan Hadith

1.  Setiap amal baik walaupun kecil, tetap mendapat ganjaran di sisi Allah

2.  Berwajah ceria atau senyum apabila bertemu sahabat adalah antara amal kebaikan yang dituntut

3.  Sikap ceria, senyum, gembira dan bertutur dengan kata-kata yang baik ketika berinteraksi dengan orang lain adalah suatu tuntutan akhlak Islam.

4.  Penampilan wajah yang ceria ketika bertemu dapat mewujudkan ikatan ukhuwah sesama muslim.

5.  Jangan memandang remeh perkara yang mungkin kecil tetapi memberi kesan dan ganjaran yang besar.

Jadikan senyuman itu sedekah


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, 



11 comments:

  1. Terima kasih berkongsi ilmu pada hari ini
    Salam jumaat kak
    Semoga dipermudahkan segala urusan kak

    ReplyDelete
  2. tersenyum dengan sesama orang lain pun dah dapat pahala kan, beristigfar tanpa kita sedar pun dh dpt pahala...

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat MP.
    Didoakan urusan berjalan lancar.
    Benarlah tu umpama ucapan birthday jugalah walaupun sekadar ucapan ringkas di FB tapi kita yang dapat ni dah happy sangat hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. how true mrs A, happy kan walaupun ucapan kat fb jer

      Delete
  4. Haah kadang-kadang lupa senyum apabila larut dalam masalah.

    ReplyDelete
  5. Kecil di mata manusia tapi mungkin besar disisi Allah. Bukan kerja kita nak hakiki besar atau kecil kan...

    ReplyDelete
  6. Good sharing Adda.. terima kasih..

    ReplyDelete
  7. semoga bermanfaat untuk kita semua

    ReplyDelete
  8. Buat perkara baik tanpa mengira besar atau kecil

    ReplyDelete

Words of wisdom