Bawa Anak Walk In Vaksin Remaja di PPV MMU - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, October 7, 2021

Bawa Anak Walk In Vaksin Remaja di PPV MMU

Bawa Anak Walk In Vaksin Remaja di PPV MMU. Alhamdulillah semalam anak mama selamat ambil dos pertama vaksin Covid-19. Kami pergi ke MMU Cyberjaya secara walk in. Sebenarnya, kami ni agak ketinggalan kerana walk in untuk remaja diadakan secara meluas dari 23/9-29/9 aritu. Cuma mama ni je yang tertingal keretapi sedangkan cikgu homeroom dan edarkan surat sekolah. Bila dia minta senaraikan anak-anak yang dah vaksin barulah mama gelabah bila tengok ramai kengkawan dia dah ambil first dose. 

Maka, semalam mama try search dan dapati ada 2 PPV je yang boleh walk in di Selangor dan KL iaitu Axiata Arena Bukut Jalil dan MMU, Cyberjaya. Mama try call Axiata Arena tapi orang tu cakap hanya yg ada appointment aje. Bila call PPV MMU tak dapat pula. Maka kami nekad pergi je la ke MMU.


Bawa Anak Walk In Vaksin Remaja di PPV MMU


Mudah sangat perjalanan ke MMU dan tempat parking dia pun berdekatan dengan Dewan Tun Canselor. Very convenient. Parking space pun banyak mungkin sebab tak ramai orang pun.

Bila sampai ke sana mama dapati ada 2 tempat disediakan iaitu Remaja (Appointment Sekolah) di sebelah kanan & Appointment My Sejahtera.di sebelah kiri. Pada mulanya mama pergi ke dewan remaja 12-17 tahun appointment sekolah. Sampai sana mama tengok ada meja2 pendaftaran dan tertulis nama2 sekolah. Bila tanya petugas kat situ, dia minta mama pergi ke depan DTC dimana disediakan khemah untuk walk in vaksin remaja.


Ni senarai PPV remaja untuk walk in dan tarikh terakhir beroperasi.

Alhamdulillah selamat dah anak mama menerima dos pertama vaksin Comirnaty dari Pfizer. Sekejap aje dah setel. Kami sampai 11.35 pagi, pukul 12.02 pm dah selamat terima vaksin. Lepas tunggu 10 minit baru la kami balik, Lepas daftar dan terima nombor kami tak sempat duduk pun sebab nombor terus naik, masa konsultansi dgn doktor pun cepat aje. Cuma masa tunggu nak terima vaksin aje ambil masa sikit sebab satu bilik 6 orang yang menunggu dan anak mama yg last. Setiap pelejar kena ada parent masa vaccine injection tu.




Selesa ambil vaksin kat sini. Tempat duduk parent disedialam untuk parent tak macam sesetgh PPV. Ada kawan mama yang tinggal di Johor parent kena berdiri sampai lebih sejam sebab tempat duduk hanya disediakan untuk pelajar aje. Ada parent yang duduk dan diminta berdiri sebab tempat tu utk pelajar. Pulak dah.. Kat sini orang tak ramai. Mama nampak dewan pun banyak yang kosong, boleh tengok gambar mama kat atas tu. Proses berjalan lancar sebab vaccine walk in remaja, appointment my sejahtera dan vaccine remaja sekolah by appointment semua tempat asing2  Very smooth process. Alhamdulillah.


13 comments:

  1. parent pun boleh teman anak-anak ok jugak kan kak... idok la nanti nak apa-apa makluman payah pulak nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dana.. parent mmg kena teman di setiap checkpoint. cuma masa beratur depan bilik vaksin aje dia duduk sendiri. tapi seat utk parent ada je kat barisan sebelah, boleh je berborak dgn anak. masuk bilik vaksin wajib parent ikut

      Delete
  2. anak saya besok... kalau sudi follow la blog saya yang satu lagi ni https://foreveryuslina.blogspot.com/ thanks awk

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk anak mama ye :)
    happy vaccine :)

    ReplyDelete
  4. syukur dah dpt 1st dose. Mcm anak2 remaja abe kie pun dah siap satu dos. dos kedua tu 2 minggu lg kot?

    ReplyDelete
  5. Takpelah lambat daripada tiada.
    Hehe alhamdulillah. Tunggu pula yang ke-2.

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah.. selesai dah ya. Semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  7. alhmadulillah ...anak saya yang kedua saya sudah lengkap Vaksin

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Setiap PPV sistem dan tempat berbeza. Bertabahlah kalau kena tunggu lama dan tak ada kemudahan tempat duduk.

    ReplyDelete
  9. 2nd dose mcm mn puan, ppv mmu tutup 15hb, anak sy 2nd dose 19 & 20hb ..ada apa² info tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ppv Cuma tutup 15/10 utk walk in kan. Anak saya DPT 2nd dose 2 minggu Lepas 15/10 Tu Di MMU juga

      Delete
  10. Alhamdulillahh Allah permudahkan. Yey dah boleh sekolah!

    ReplyDelete

Words of wisdom