Resepi Asam Pedas Daging Yang Mudah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, September 23, 2021

Resepi Asam Pedas Daging Yang Mudah

Resepi Asam Pedas Daging Yang Mudah. Lauk ni dah lama dah mama masak sebenarnya. Baru harini berkesampatan mama nak share Resepi Asam Pedas Daging Yang Mudah ni. Asam pedas memang favourite keluarga mama, cuma anak mama je yang tak berapa gemar. So, everytime mama masak pedas, mama selalunya akan masak satu lauk lain untuk anak mama. Selalunya masak kicap, contoh kalau daging asam pedas, untuk dia daging masak kicap. Kalau ikan asam pedas, untuk dia ikan masak kicap. Senang nak masak. Daging bagus sebagai sumber protein

Jom kita tengok resepi..


Resepi Asam Pedas Daging Mudah


Bahan-bahannya:

1 kg daging lembu dihiris nipis dan direbus sehingga empuk (air rebusan jangan dibuang) - mama rebus dalam periuk noxxa selama 35 minit
1 mangkuk ais asam jawa anggaran dari 1 sudu besar asam jawa
1 batang serai diketuk
1 mangkuk cili kisar
1 batang bunga kantan dibelah 4
1 senggan daun kesum

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 hirisan halia
1 inci kunyit hidup
Belacan sebesar ibu jari (dibakar dulu)

Cara memasak:

Tengok video kat sini

1. Panaskan minyak, dan masukkan serai.
2. Tumis bahan kisar sehingga agak kering dan kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili garing dan naik minyak,
2. Masukkan daging beserta air rebusannya (sehingga kepekatan yang diingini). 
3. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan bunga kantan dan bunga kesum.
5. Perasakan dengan gula dan garam. Siap!!

Senang je kan.. Boleh letak juga tomato dan bendi jika suka,


14 comments:

  1. ammi kalau asam pedas daging mesti suruh abahnya yg buat..dia buat baru padu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Dah lama tak makan asam pedas rasanya.

    ReplyDelete
  3. Selalu jumpa versi ayam. Tak pernah lagi makan versi daging.

    ReplyDelete
  4. sedapnya mama,kak ana suka kalau asam pedas tetel juga adoiyai :)

    ReplyDelete
  5. di tambah dengan ada tetel, uih mantap kak... cicah dengan lempeng ke roti canai pun ngam hoi

    ReplyDelete
  6. Sedapnya mama...jrg buat daging asam pedas. Kalau ikan tu mmg ada la..

    ReplyDelete
  7. asam pedas daging ni memang selalunya diletak tetel, tapi tu la en suami tak suka tetel pula. kalau mama on aje hihi

    ReplyDelete
  8. asam pedas daging sedap tapi kalau tetel lagi saya suka.

    ReplyDelete
  9. Saya suka asam pedas daging tetel, samalah suami pulak tak suka.. lebih suka asam pedas ikan

    ReplyDelete
  10. asam pedas tetel mmg fav ramai orang kan.. mmg sedap makan lemak2 tetel tu

    ReplyDelete
  11. macam sedap je menu ni,mama. tak penah masak asam pedas daging. kalau ikan, ada juga buat tapi tak selalu sebab en husben tak berapa gemor la plak.

    ReplyDelete
  12. asam pedas, saya suka asam pedas masak ayam. Eh ayam masak asam pedas. Ayam tu kena ayam isi yang dipotong kecil kecil

    ReplyDelete
  13. Menyelerakan nampak. Agak lama jugak tak makan any asam pedas. Daging pun jarang makan juga. Kalau dapat ni mesti sedap menjamu selera.

    ReplyDelete

Words of wisdom