Pengalaman Bawa Anak Periksa Mata di Optimax Eye Specialist Centre Klang, Selangor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, April 6, 2021

Pengalaman Bawa Anak Periksa Mata di Optimax Eye Specialist Centre Klang, Selangor

Pengalaman Bawa Anak Periksa Mata di Optimax Eye Specialist Centre Klang, Selangor. Tahun lepas mama baru tahu yang anak mama rupanya ada masalah mata iaitu Lazy Eye atau dikenali sebagai Amblyopia. Pada mulanya kami pergi ke GM Klang sebelum musim Covid melanda untuk bawa mak mertua buat cermin mata. So, mama pun suruh anak mama check mata sekali. Alangkah terkejutnya bila optometrist tu bgtau yang power mata anak mama abnormal sebelah kiri sampai 750 tau. Sebelah kanan tak rabun. Kami disuruh berjumpa eye specialist sebab dia masih budak untuk dapatkan prescription & power mata yang sebenar.  Pengalaman Bawa Anak Periksa Mata di Optimax Eye Specialist Centre Klang, Selangor.







Mama google cari eye specialist yang bagus untuk budak dan mama tengok review Optimax ni memang best. Maka mama pun decide untuk bawa anak mama ke sini. Cuma, untuk  dapatkan appointment musim PKP memang agak terhad di cawangan Shah Alam. Tapi di cawangan Klang agak senang. Sebab tu kami pergi ke Klang.


Pengalaman Bawa Anak Periksa Mata di Optimax Eye Specialist Centre Klang, Selangor

So far memang puas hati pergi ke Optimax. Staff firiendly dan ada skill. Mematuhi SOP, hanya 2 orang saja boleh masuk. Klinik selesa, ada toilet. Nak buat appointment dan tukar appointment pun senang aje..


Depan Optimax Klang


Step semasa di sana, mula-mula check power guna mesin yang macam kat kedai spek tu. Then check power secara terperinci mengunakan kanta. Lepas tu titis mata untuk muscle relax selama lebih kurang 40 minit. Time to time staff sana akan check mata dan titis ubat sehingga muscle tu relax. Sampai tertidur anak mama dibuatnya sebab kena tutup mata.


Then check semula power mata.



Cantik deco kat toilet ni..


Doktor tanya adakah anak mama pra matang. Rasanya mata dia ni ada masalah sejak kecil tapi kami tak dapat detect awal. Kalau dari kecil mungkin dapat rawat lebih awal. Dulu selalu juga mama buat test mata kat anak mama tapi mama tak terfikir untuk check sebelah.. sebelah mata tu. Setakat ni takde masalah pula anak mama di sekolah. Sekarang power dah banyak tapi urat mata masa boleh di selamatkan dengan penggunaan cermin mata secara berpanjangan. Bayaran yang kami bayar adalah RM230.


Senarai Rawatan dan Harga Rawatan di Optimax Eye Specialist Centre Klang, Selangor







Berikut adalah Senarai Rawatan dan Harga Rawatan di Optimax Eye Specialist Centre Klang, Selangor

Senarai harga mengikut rawatan Mata

Ni la power mata anak mama. Sebelah kiri memang ada masalah dan kena buat spek segera agar dapat rawat urat mata dia. Spek tu kena pakai sepanjang masa. 


So lepas ni mama kena buat spek cecepat untuk anak mama sebelum dia masuk MRSM nanti. Doakan anak mama ye. 


Bulan 6 nanti ada 2nd appointment pula.


Detail Optimax Klang, Selangor

Berikut ialah Detail Optimax Klang, Selangor

Ruangan selesa


Ok Tu je la nak cerita harini. Mama on the way ke Baling Kedah nak hantar anak masuk asrama esok.. wish us luck. Doakan anak mama strong ye.



Optimax Eye Specialist Centre

Alamat: 17 & 19, Jalan Bayu Tinggi 7, Bayu Tinggi, 41200 Klang, Selangor

Telefon: 03-3323 7742



19 comments:

  1. Tinggi tu kalau cecah 750. Macam anak sepupu saya, nasib baik sempat sedar masa kecik dalam umur 3/4 tahun macam tu, terus pakai spek.
    Semoga anak mama kuat selalu, dijauhkan daripada penyakit yang berbahaya dan sihat selalu. Aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tinggi. kalau kesan awal dan pakai spek awal2 muingkin boleh lagi cepat baiknya tu

      Delete
  2. goodluck untuk hidup di asrama ;)

    ReplyDelete
  3. Oh sebelah mata. Tidak dapat kesan sebab tidak cuba satu mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. dia guna mata kanan utk melihat byk

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan urusan syafi di asrama nanti. Aamin. Stay strong kak.

    ReplyDelete
  5. Macam Kak Sue tak sedar juga mata anak Kak Sue si Abang tu. Nasib cikgu bagi tau, silau mata dia tinggi. Apapun semoga semuanya baik-baik aja untuk Syafi nanti ya.. ingatkan asaramanya kat area Melaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. semoga mata dia dpt pulih juga. kdg2 anak2 ni tak bgtau masalah diorang kan.. kat kedah kat jauh nuuun

      Delete
  6. Yelah kan, better check specialist berbanding sekadar di kedai spek. Semoga anak mama dan mama jugak stay strong

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kes budak mmg kena jumpa specialist sal. diorang check betul2

      Delete
  7. Gak tinggi power 750 tu, Macam saya baru 500+ pon dah xnampak sekarang, sentiasa pakai cermin mata. apa pun good luck untuk Syafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi juga power bonde. aritu saya try guna speck dia mmg terus tak nampak apa tau

      Delete
  8. tinggi jgk ye power mata sebelah kiri ye.

    ReplyDelete
  9. wahhh tinggi juga tu power nya...
    selamat menempuh kehidupan di asrama ya... selamat belajar Syafi ;-)

    ReplyDelete

Words of wisdom