Menu Buka Puasa Minggu Kedua - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Tuesday, April 27, 2021

Menu Buka Puasa Minggu Kedua

Assalamualaikum semua. sekejap aje dah masuk minggu ke 3 kita berpuasa kan. Last week mama dah cerita tentang Menu Berbuka Puasa Minggu Pertama Ramadhan 2021 dan mama ada bagitau yang barang dapur dah nak habis kan. Korang nak tau tak minggu kedua ni mama tak beli barang dapur lagi sebab malas nak keluar rumah walaupun banyak kedai di rumah area Shah Alam ni. Sebab tu lah menu berbuka minggu kedua ni lagi la simple dari minggu sebelumnya.


Paling best, minggu ni pun mama masih tak beli barang dapur haha. Bayangkan barang dapur yang mama beli first week boleh guna sampai 2 minggu lebih sedangkan mama tak beli banyak pun. Jimat betul kan. Malas punya pasal nak buek camno. Korek aje la apa yg ada kat dapur tu. Harini mama nak pergi pasar malam nak cari yong tau fu aje buat buka nanti. Kalau pasar buka baru mama nak singgah beli ayam, sotong sikit. 

Inilah menu berbuka puasa minggu kedua kami yang serba simple.

Teringin nak makan nasi ayam McD so berbuka nasi lemak McD je hari pertama tu.

Pastu esoknya mama masak sambal sardin dengan sup sayur cendawan campur suhun

Jemput-jemput dengan sambal sardin semalam (saja masak banyak-banyak semalamnya tu)

Ikan caru masak sweet sour. Sebenarnya mama suka makan ikan caru bakar cicah sambal kicap tapi en husban taknak. Maka lauk ikan caru bakar telah bertukar menjadi sweet sour. Ada makanan lain masa ni tapi mama dah lupa hihii


Hari jumaat tu mama beli je nasi kukus Hayaki melalui Grabfood. Kami anak beranak mmg suka nasi kukus Hayaki ni. Sedap

Sabtu kami berbuka kat luar. Alhamdulillah dapat berkumpul satu keluarga. Anak mama aje takde huhu rindunya dgn budak tu.. Kami makan di Padang On Wheels

Ahad mama masak spaghetti goreng aje. Makan dengan bubur lambuk kg baru, murtabak dan ABC. Eh, banyak pula makanan hari Ahad aritu haha..

Tu je la menu serba simple mama. Minggu ni dijangkakan lagi la simple. Kalau rajin mama update la nanti. Kalau xde cerita maksudnya dah kemalasan la tu hihi.. Arini korang buka apa?



14 comments:

  1. Kecurrrrr air liurrrr nengok pukul 1.24 tengah hari ni hahahaha.
    Semuanya menyelerakan!

    ReplyDelete
  2. meriahnya berbuka ramai-ramai. best jer tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan. sekali dua boleh la. risau juga zaman kobid ni

      Delete
  3. wah seronok berbuka beramai-ramai, macam-macam menu ade yea sedap2

    ReplyDelete
  4. Mrs. A pun lauk berbuka minggu pertama mudah masak jugak.
    Alhamdulillah syukur

    ReplyDelete
  5. sedapnya menu2 kak adda berbuka. paling menarik bubur lambuk tu.

    ReplyDelete
  6. oh ya, syu nak tag kak adda join GA ni.
    https://www.travelogsyuhadasalleh.com/2021/04/giveaway-buku-himpunan-kuih-muih.html

    ReplyDelete
  7. Melihat makanan-makanan di siang hari boleh menggugat iman yang senipis kulit bawang ni.. Hihi.. Takdelah, saya memang biasa berpuasa. Takde masalah untuk berpuasa.. :)

    ReplyDelete
  8. Ala.. macam nak gi McD juga je esok nie.. hehehe

    ReplyDelete

Words of wisdom