5 Restoran Pizza Popular Di Malaysia

Orang Malaysia memang sangat suka makan! Menu makanan tempatan dan makanan barat semuanya sudah sebati. Lagi-lagi untuk menu makanan yang mudah dinikmati pada bila-bila masa seperti burger dan pizza. 


Pizza di Malaysia ada pelbagai jenis. Restoran yang menawarkan menu pizza ini juga bersepah di sana sini. Atas pelanggan itu sendiri untuk mencari dan mencuba hingga dapat menemui restoran kegemaran masing-masing. Untuk restoran pizza popular di Malaysia, terdapat restoran yang paling dikunjungi. 



 1. Pizza Mansion



Pizza Mansion adalah restoran kecil dan  yang menyajikan pelbagai jenis pizza Itali yang menyelerakan. Dibakar di atas oven bata menggunakan api kayu, pizza mereka ditawarkan dalam pelbagai perisa dengan bau aroma yang sangat enak. 


Jangkaan masa untuk menunggu adalah sekurang-kurangnya setengah jam pada waktu puncak. Penantian seakan terbayar apabila dapat merasai pizza yang dibakar menggunakan api kayu dengan kerak tipis, rangup dan topping yang banyak.


Terdapat pelbagai jenis pizza yang mendapat perhatian pelanggan di sini. Antaranya ialah pizza Big Brunch khas mereka yang dibuat dengan daging lembu, cendawan butang, tomato ceri panggang, bayam muda, Fior di Latte dan telur rebus lembut. 


Bagi vegetarian dan mereka yang menginginkan pizza tanpa daging boleh cuba pizza Zucchini Eggplant Chickpea dengan gabungan yoghurt bawang putih dan keju.



2. Fahrenheit 600



Dengan menu merangkumi topping pelbagai pilihan telah menjadikan restoran ini sering dikunjungi ramai pelanggan. Pizza-pizza di sini keraknya dibuat dengan tebal untuk pengalaman makan pizza yang lebih lembut dan lebih kenyal. Sandwich, pastri dan kopi juga ada dengan harga yang sangat berpatutan.  



3. Mikey’s New York Pizza



Ramai pelanggan yang suka singgah ke Mikey's New York Pizza. Mungkin kerana menu di sini digabungkan dengan rasa moden dalam hidangan panas-panas. Size pizza di sini juga kelihatan jauh lebih besar daripada pizza biasa di kebanyakan restoran lain. 


Setiap pizza mempunyai topping yang unik dan kerak yang nipis dan keemasan. Ia dihidangkan dalam bentuk kepingan yang masih panas berasap. Mudah dimakan dan sangat sedap dengan jumlah cheese yang memuaskan. 



4. My Pizza Lab



My Pizza Lab semakin hari semakin mendapat sambutan terutama di kalangan anak muda. Pizza di sini sedang mula diterima dengan tawaran pelbagai pizza yang lazat dengan topping kreatif dan menarik. 


Tidak ketinggalan pizza pencuci mulut yang sangat digemari iaitu pizza Boba dengan susu pekat, mozzarella, krim keju, cheddar, dan minyak bawang putih. Terdapat banyak lagi topping pilihan pizza yang menarik. Bila cuba terasa ianya satu gabungan yang luar biasa dengan rasa yang amat istimewa. 



5. La Risata



Ditubuhkan pada tahun 1996, La Risata telah menjadi salah sebuah restoran pizza terkenal dan menjadi pilihan ramai pelanggan di KL. Dengan dua cawangan, satu di Ampang dan satu di Damansara - La Risata diangkat sebagai salah sebuah restoran dengan menu pizza, masak menggunakan kayu bakar yang berkualiti. 


La Risata merupakan sebuah restoran pizza dengan pilihan menu mereka yang pelbagai. Selain daripada pizza, La Risata juga menawarkan hidangan yang lain seperti pasta, salad, makanan pembuka selera, hidangan daging sebagai menu utama, hidangan ikan untuk pengemar menu makanan laut, kopi istimewa dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan..


La Risata jika diterjemahkan dalam bahasa Itali bermaksud "ketawa". Suasana yang selesa dan makanan yang mewah menjadikannya tempat yang bagus untuk menikmati suasana malam bersama orang yang tersayang.



Sebelum Buat Pesanan, Pastikan Lihat Status Halal atau Non Halal Dulu 


Menu pizza boleh dinikmati di mana saja. Dalam Malaysia ini sendiri ada banyak lagi restoran pizza popular untuk di cuba. Jika tak ada masa untuk terus makan di restoran, boleh gunakan khidmat pizza delivery dari Foodpanda. Mikey’s Original New York Pizza contohnya, boleh pesan dari aplikasi Foodpanda juga. 



Tak kira menu makanan apa yang ingin dinikmati, sila pastikan status makanan itu sendiri. Benar-benar halal atau bagaimana. Walaupun mendapat rekomendasi di dalam blog seperti yang dikongsikan ini, sila pastikan dengan sahih dulu tahap halal sesebuah restoran itu.


Blog bertujuan kongsikan info secara menyeluruh untuk semua pembaca secara general, maka pelanggan harus juga dapatkan info yang lebih lanjut supaya tidak tersalah memilik restoran. 


Order melalui Foodpanda sangat senang kerana untuk setiap makanan sudah ada status halal atau non halal. Selamat membuat pesanan makanan da selamat menjamu selera. 




mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Tak pernah cuba lagi semua pizza di atas.

    ReplyDelete
  2. Aha itulah nama tidak dikenali. Mungkin orang ragu hendak pergi sebab tidak pasti halal atau tidak.

    ReplyDelete
  3. biasa pizza hut or dominos he hee
    tp menarikk , ada rezeki blh try

    ReplyDelete
  4. First time dengar nama kedai ni semua..haha

    ReplyDelete
  5. lama betul tak layan pizza, rindunya

    ReplyDelete
  6. Menarik jugak. Takdelah balik2 dominos takpun Pizza Hut

    ReplyDelete
  7. Boleh Cuba pizza lain.. Ada yg mama penah makan sedap juga tau

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap pizza tu semua kak. Kalau halal, boleh lah cuba nanti.

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap semua pizza tu Adda, senang ada Food Panda.. boleh order online ja..

    ReplyDelete
  10. tak pernah cuba pon smua yg di atas ni. pernah dgr 1 tmpt je

    ReplyDelete
  11. bestnya.. kalau buat aktiviti jalan-jalan mkan pizza, mesti on..

    ReplyDelete
  12. semuaaaaanyaaaa sedapppp tp sy x penah mkn lg kt mn2 tempat ni ;-)

    ReplyDelete
  13. banyak juga restoran piza dekat Malaysia ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post