Sedapnya Mango Float Simpang Ampat Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, March 15, 2021

Sedapnya Mango Float Simpang Ampat Melaka

Sedapnya Mango Float Simpang Ampat Melaka. Pada bulan January lepas mama telah merentas negeri dari Selangor pergi ke Melaka kerana anak mama dapat panggilan untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke MRSM dan pusat peperiksaan pula dapat kat MRSM Alor Gajah Melaka. Maka pergilah kami merentas negeri. Seronok pula dapat pergi ke Melaka walaupun balik hari terasa macam pergi makan angin. Uish kesiannya mama dah desperate sangat ke apa nak berjalan ni haha.. Sedapnya Mango Float Simpang Ampat Melaka.







Sementara menunggu anak mama ambil exam kami sempat la ke sana sini di area MRSM tu sebab nak cari toilet, dan cari makan sebab perut dah lapar. Mujur juga boleh tapau. Sebelum balik Shah Alam sempat kami beli Mango Float Simpang Ampat Melaka ni.



Mango Float Simpang Ampat Melaka

Mama dah perasan kedai ni semasa lalu di jalanraya dan kami memang aim nak beli mango float kat sini

Menarik pintu gerbang ni kan

Mango float untuk kami anak beranak. Nampak pekat, color dia pula memikat.


Pintu gerbang lejen


Banyak blender disediakan so kalau ramai yang tengah order tak perlu risau. Mesti cepat je siapnya.

Seperti rupanya, rasa mango float yang mama beli memang sedap sangat. Rasa mangga dia kaw dan tak berapa manis. Pure mango. Kata adik tu dibuat dari mangga emas (ke mangga apa ye, lupa la haha). Adik yang meniaga tu memang peramah dan dia confidence bila mama tanya sedap ke tak. Dia kata "insya Allah sedap kak. Harga mango shake RM 6 dan harga Coconut Shake RM5. Berbaloi dengan rasa dia


Ni detail kedai..


Mango Float Simpang Ampat Melaka

Alamat: Medan gerai buah buahan segar Jalan taboh naning 3, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Telefon: 019-791 6007


17 comments:

  1. Dah pernah cuba mango float ni. Memang sedap.

    ReplyDelete
  2. sedapnya dapat musim cuaca sekejap sejuk sekejap panas ni. Ada rezeki pergi melaka kita nak singgah. tmpat viral ni. hAha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo tempat viral ke// kena percaya cakap org melaka ni..

      Delete
  3. menarik
    blh try bila ke melaka nanti

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap. Harga pun berpatutan. Sekarang kalau dapat berjalan rasa hepi sesangat kan. Hihi

    ReplyDelete
  5. Rindunya nak ke Melaka, JJCM semua makanan viral... Maggo float ni mmg sedap dah pernah try

    ReplyDelete
  6. kadang kadang kalau yang pekat buat tambah haus.. tapi yg ni nampak best :)

    ReplyDelete
  7. Warna memang cantik. Nampak pekat.

    ReplyDelete
  8. uiiishhh dasat ni siap ada pintu gerbang!

    ReplyDelete
  9. musim panas-panas gini dapat minum air gini memang layan betul, mau 1 tak cukup kak

    ReplyDelete
  10. Tu diaaaa...anas2 pekena mangga float mmg terbaik utk anak tekak hehehe

    ReplyDelete
  11. time panas pekena float ni mmg sedap oo

    ReplyDelete
  12. memang sedapppp tak dinafikan hehehe

    ReplyDelete
  13. Mengancam betul warnanya.. Best bila sedap.. sejuk je lalu tekak..

    ReplyDelete

Words of wisdom