Review K-Drama Sweet Home

Review K-Drama Sweet Home. Cerita Sweet Home ni mama tengok sebelum cerita Kingdom sebenarnya. Cerita pasal monster tentulah mama minat genre pelik-pelik macam ni.  Cerita di diadaptasi dari webtoon. Apa yang mama suka tentang cerita ni ialah cerita yang banyak aksi walaupun agak ngeri sket sebab monster dia ganas-ganas juga. Review K-Drama Sweet Home. Mama bagi 8/10 bintang. Kalau korang rasakit perut nak tengok Kingdom, cerita Sweet Home ni pun boleh sakit perut gak tau haha..








Poster Sweet Home


Maklumat K-Drama Sweet Home

Tajuk Drama: Sweet Home

Episod: 10

Tarikh Tayangan: 18 Disember 2020

Genre:Thriller, action, fantasy

Pelakon: Song Kang (Cha Hyun-Su), Lee Jin-Wook Lee (Pyeon Sang-Wook), Si-Young (Seo Yi-Kyung), Lee Do-Hyun (Lee Eun-Hyeok), Kim Nam-Hee (Jung Jae-Heon)

Sinopsis K-Drama Sweet Home

Cha Hyun-Su ( Song Kang ) adalah seorang pelajar sekolah menengah. Dia jarang meninggalkan biliknya. Dia enggan bercakap dengan ayah, ibu dan adik perempuannya. Suatu hari, seluruh keluarganya, kecuali dia, mati dalam kemalangan kereta. Cha Hyun-Su ditinggalkan sendirian. Dia bergerak ke sebuah pangsapuri kecil. Pada masa ini, fenomena misteri manusia berubah menjadi raksasa terjadi di seluruh dunia. Penduduk bangunan pangsapuri Cha Hyun-Su, termasuk Pyeon Sang-Wook ( Lee Jin-Wook ), berperang melawan raksasa ini dan berusaha bertahan.

Mama suka setiap watak ada karakter yang kuat even watak budak-budak dan pakcik yang pakai kerusi roda 

Rupanya tak semua monter jahat, ada juga monter yang dapat mengawal diri dari membunuh semua orang. Contohnya Hyun-Su ni. Walaupun sudah menjadi monter tapi dia sentiasa menolong orang-orang dalalm apartment tu dari monter lain walaupun dia selalu dipandang dan dilayan dengan tak baik. Mama rasa ada kaitan dengan sejarah dia sebelum keluarga dia terbunuh dulu.

Antara penghuni apartment. Memasing ada perangai memasing

Setiap watak mempunyai keperibadian dan latar belakang yang tersendiri, plot pula memang flow dengan bagus Kisah indah yang menunjukkan bahawa tidak semua raksasa itu buruk dan tidak semua manusia baik. Bila tegok cerita ni memang mencemaskan dan tak sabar nak tengok apa yang akan terjadi kat diorang tu,

Cuma ending dia macam tergantung dan mama dapat rasakan kalau ada season 2 mesti lagi best. Untuk sambung cerita yang tergantung ni.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. Rupanya Adda suka sains fantasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul na.. suka sci fi agaknya sebab budak sc stream kot haha

      Delete
  2. Menarik pulak baca reviews MP nih! nanti nak tengoklah
    Sekarang Mrs. A tengah follow The Penthouse 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai tgk penthouse.. best ke citer penthouse? mama tgk rating tak berapa menepati std mama hihii

      Delete
  3. Nampak best. Boleh tgk nanti. Skrg ana dok marathon fly river dragon. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke cite fly river dragon? kalau best nak tgk gak

      Delete
  4. best gila cerita ni. mesti ada second season. tak settle lagi tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiman dah tgk? mmg best.. tu la mama cari season 2 takde la pula

      Delete
  5. Alamak, nak tengok ke tidak ek? Hehehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni kurang sakit perut berbanding kingdom kiki

      Delete
  6. Drama ini memang best..
    lainlah dia punya jalan dengan webtoon dia.. Memang syok layan dua-dua..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post