Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu

Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu. Inaidamia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai semula jadi akan melancarkan produk baharu mereka, iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8/3/21. Inaidamia juga menawarkan promosi prapelancaran bermula 22/2/21 hingga 7/3/21 sempena pelancaran produk-produk baharu tersebut.


Serbuk inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai tulen dengan kualiti premium tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari Sojat City, Rajasthan, India.


 
Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan menjelaskan bahawa, “Kami komited dalam menghasilkan produk inai 100% asli bagi menyediakan alternatif yang lebih selamat kepada pengguna berbanding produk berasaskan bahan kimia sintetik. Inisiatif ini juga selaras dengan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan sumber semula jadi.”

“Produk semula jadi menjanjikan kualiti dan utrient yang lebih tinggi kepada pengguna. Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium ialah respons Inaidamia terhadappermintaan pelanggan yang inginkan inai yang warnanya tahan lama di samping menyihatkan rambut. Apabila Inai Serbuk dipakai pada jari, pengguna akan mendapati warna inai tahan lama di kuku sehingga kuku habis dipotong. Apabila digunakan pada rambut, pengguna akan mendapati Inai Rambut Premium berupaya menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur, serta menghilangkan kelemumur,” tambah beliau.


Dalam usaha menarik perhatian pelanggan semasa dan lebih ramai pelanggan baharu, Inaidamia juga melancarkan reka bentuk pembungkusan baharu untuk produk mereka. Wajah baharu produk-produk Inaidamia tampil lebih moden namun masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan. Inaidamia komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan, tetapi di samping itu, mereka tidak lupa untuk meningkatkan imej mereka, iaitu dengan menampilkan reka bentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.

Bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran, anda boleh menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau melayari laman web Inaidamia di https://inaidamia.com/produk/. Semua produk Inaidamia dibenarkan untuk dibawa solat (solah), bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga berpatutan. Laman web Inaidamia juga mempunyai tanda
meterai BizTrust daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Tentang Inaidamia Sdn Bhd.


Inaidamia Sdn Bhd ialah syarikat yang memasarkan produk inai daun semula jadi, halal dan selamat, beribu pejabat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Inaidamia ialah jenama terkemuka di pasaran inai semula jadi dan halal dengan rangkaian produk mesra wuduk dan bebas daripada bahan kimia terlarang. Kedai rangkaian dan pengedar produk Inaidamia terdapat di seluruh Malaysia. 

Dapatkan maklumat terkini di https://inaidamia.com.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ridzzaida Ridzuan,
013-2223203



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Ok bolehlah oder Inaidamia ni nanti sy suka pakao Inai...

    ReplyDelete
  2. Bagus Inaidamia nie sebab guna bahan semulajadi kan Adda..

    ReplyDelete
  3. Bolehlah cuba sesiapa yang berminat

    ReplyDelete
  4. Tidak pernah guna inai beli cara begini. Hehe selalu inai serbuk Makkah.

    ReplyDelete
  5. Rasa tertarik kerana tak pernah guna inai secara ni... Rasa nak order dan cuba

    ReplyDelete
  6. Packaging dia nampak expensive dan menarik..nak beli inai rambut premium tu la...

    ReplyDelete
  7. Lawa plak packaging baru inaidamia ni. Nak try lah beli nanti.

    ReplyDelete
  8. suka nya tgk packaging dia.AR pun suka berinai. boleh la cari lepas ni

    ReplyDelete
  9. baguslah ada produk inai yg halal n mesra wuduk mcm ni...

    ReplyDelete
  10. bila sebut inai begini teringat pula nak kahwin hehehe

    ReplyDelete
  11. rs nak dpt kan 1 laa inai rambut tu ;-)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post