First Time Makan Punten - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, February 16, 2021

First Time Makan Punten

First Time Makan Punten. 2 minggu lepas mama merasa makan makanan yang bernama punten. Mama ada upload kat instagram dan happening gak post mama tu. Ramai yang tak tau dan ada yang tau. Mama sendiri first time berjumpa dengan makanan ni. Ingatkan dah habis explore makanan kat Malaysia ni tapi nampak gayanya banyak lagi makanan yang mama tak pernah jumpa.







Walaupun di Johor memang ramai orang jawa, punten ni seumur hidup mama tak pernah dengar. Rupanya bila diselidik punten ni makanan yang glemer untuk orang jawa di Sabak Bernam dan kawasan sekitarnya.


Punten. Memang unik nama dan rupanya. Sekali tengok nampak macam nasi impit

Apa itu Punten







Punten adalah makanan tradisi orang Jawa yang menyerupai nasi himpit. Bezanya, ia dibentuk lonjong dan rasa dia lebih berlemak kerana dicampur dengan santan dan garam. Punten biasanya dimakan bersama sambal bilis.


Overal rasa punten ni takdelah pelik sangat. Rasa dia macam nasi lemak cuma nasi lemak tu dah jadi nasi impit. Korang faham tak apa yang mama cuba sampaikan ni hihi. Sedap dimakan dengan sambal bilis dan memang mengenyangkan. Nak buat dia sama masa nasi impit cuma masa masak tu kena letak santan dan sedikit garam. 




16 comments:

  1. tak pernah rasa lagi walaupun family mertua pure jawa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya bergantung kepada kualiti sambal bilis tu

    ReplyDelete
  3. haha fahammm sebab ni makan favorite kalau balik Sabak! Hihi

    ReplyDelete
  4. Saya pun baru pertama kali dengar.

    ReplyDelete
  5. Faveret Kak Sue nie tau Adda. Sepupu Abang Man kalau raya depa buah lah Punten nie, comel-comel ja Puntennya.. lawan pulak dengan sambal bilis depa yang pedas tu.. memang tak boleh lupa.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. Sy pernah buat tahun Lepas utk jualan. Tapi kurang sambutan kat Penang nih. Mungkin sebab orang tak tahu atau tengok pelik. Punten nih dah biasa kat Indonesia...sy dapatkan resepi pun Dari org indon. Ya dia nasi lemak tapi versi impit. Biasa mkn dgn sambal hijau

    ReplyDelete
  7. Sedap Punten nih lama tak makan... hadoi mana nak cari nih hehehe

    ReplyDelete
  8. Belum pernah cuba tapi nampak sedap sangat! :)

    ReplyDelete
  9. tk pernh mkn..ada tgk org share juga

    ReplyDelete
  10. Punten memang sedap, makan dengan sambal bilis cili padi. Lawankan dengan kopi...adeeehhh!

    ReplyDelete
  11. Suka sangat Punten ni. Tapi baru makan sekali je sebab MIL bawa balik rumah makan. Yang best sambal bilis dia yang pedas. Tak puas lagi makan. Rasa nak lagi..

    ReplyDelete
  12. pertama kali dengar..

    rupa pun not bad

    ReplyDelete
  13. Tak pernah nampak.. Tapi menarik untuk dicuba sebab macam nasi lemak.. Lawannya pun sambal.. mesti best..

    ReplyDelete

Words of wisdom