Dapat Surprise Hadiah Birthday - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, February 11, 2021

Dapat Surprise Hadiah Birthday

Dapat Surprise Hadiah Birthday. Birthday mama dah sebulan berlalu tapi tak sangka mama masih dapat hadiah besday lagi. Hari Ahad baru-baru ni mama terima kotak Mary Kay dari courier dan kotak yang cantik giler tu sendiri dah buat mama tertanya-tanya.. Siapa yang beri barang Mary Kay kat mama?







Sebab mama tak de beli secara online barangan Mary Kay ni. Memang mama tengah tunggu beberapa barang tapi Mary Kay bukan dalan senarai. So, takut juga nak buka mana tau salah hantar. Pada masa yang sama mama terfikir mungkin kotak aje, barang kat dalam mungkin barang yang mama tertunggu-tunggu tu.  Akhirnya selepas beberapa minit tertanya-tanya, mama pun buka kotak yang cantik tu.. 


Dapat Surprise Hadiah Birthday 

Terkejut juga bila buka memang ada barangan Mary Kay kat dalam. Cuba tengok apa yang mama dapat..

Inilah isi dalam kotak tu.. 

Ada 2 jenis Lipstick Mary Kay. Mama memang suka warna ni sebab ia tak terlalu menonjol dan nampak natural. Kalau beli lipstik selalunya mama akan pilih color yang macam ni. So, ada dua jenis yang mama terima, satu sedikit cerah dan satu lagi sedikit gelap..

Mary Kay Skinvigorate Sonic System Machine

Selain tu mama dapat juga CC cream, Geometric bag with golden chain (cantik betul beg ni, sarat dengan bling-bling), dan body scrub Mary Kay.

Bila mama belek-belek courier sheet baru mama perasan di sebelah nama mama tertulis kecik aje ada nama pengirim.. Sebelum ni mama tak perasan sebab nama di bahagian cuma ada address logistic. Rupanya besfren mama masa sekolah rendah yang bagi hadiah. Terharunya rasa di hati. Kenapa banyak sangat dibaginya alahaii..








Mama terus whatsapp dia dan bertanya kenapa dia pos pelbagai barang kat mama. Rupanya, hadiah besday katanya. Allahu, terharunya alahai.. Terima kasih kepada kawan mama tu. terharu.. terharu.. nanti mama guna barang-barang ni dan kalau ada masa mama buat review kat sini ye. Skinvigorate Sonic System Machine tu dia kata memang best. Mama tak cuba lagi. Setakat ni mama dah pakai lipstik MK dan memang best sangat. Ni first time mama guna produk MK. Semoga kawan mama tu dimurahkan rezeki dan semoga hubungan baik kami sehingga ke syurga.. Amin..



12 comments:

  1. Ini memang betul-betul kejutan, takde bagitahu apa-apa pun.
    Alhamdulillah moga murah rezeki untuk penerima dan pemberi.

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Mamapp. Bertuah dapat hadiah kosmetik Mary Kay. Berkualiti.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat hadiah birthday, Mary Kay Moga bertambah cantik lepas nih...

    ReplyDelete
  4. Mary Kay tu mama..Tahniah! kalau saya dapat pn saya happy :)

    ReplyDelete
  5. uuuuuwaaaaa best nya hadiah ni... sy tgk warna lipstik tu pun sy suka😊

    ReplyDelete
  6. Wah seronoknya dapat hadiah...lama dah tak dapat hadiah

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat machine tu. nak beli tapi takut tak terguna.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Happy belated birthday Kak Adda..

    ReplyDelete

Words of wisdom