Soalan Bocor Di Padang Mahsyar - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, January 22, 2021

Soalan Bocor Di Padang Mahsyar

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. Dunia ni hanyalah permulaan untuk kehidupan kita yang kekal nanti. Sebelum menharungi fasa kekal itu kita akan menghadapi satu fasa di Padang Mahsyar di mana nasib kita akan ditentukan di sana. Keadaan yang amat dahsyat. Kerana itu kita perlu prepare dari sekarang. Soalan Bocor Di Padang Mahsyar






Pertanyaan Di Padang Mahsyar


عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ

Daripada Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan berganjak pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakan." (Sunan Tirmidzi No: 2341)  Status: Hadis Sahih

Gambar sekadar hiasan



Kesimpulan hadith:

1.  Pada Hari Kiamat, ketika manusia dibangkitkan serta dihimpunkan di padang mahsyar, mereka akan ditanya tentang beberapa perkara yang telah dilalui semasa di dunia:

  • a)  Umur setiap seorang kemana mereka habiskan
  • b)  Ilmu yang diperolehi, adakah diamalkan
  • c)  Harta yang dimiliki, dari mana dia memperoleh dan kemana dibelanjakan
  • d)  Tubuh badannya untuk apa digunakan 





2.  Cuba kita muhasabah diri:

  • a.  Adakah umur yang kita miliki, telah digunakan sebaiknya untuk melaksanakan ketaatan dan menjauhi larangan?
  • b.  Adakah ilmu yang kita pelajari, tentang larangan dan perintah, kita amalkan?
  • c.  Harta yang kita miliki, adakah dari jalan yang halal dan baik dan adakah kita gunakan sebaik mungkin untuk mencari keredhaan Allah?
  • d.  Tubuh badan yang sihat dan cergas, kemana kita manfaatkan?


Bila  baca ni mama sendiri terasa ngeri. Bila bertanya pada diri sendiri, terasa malu juga nak jawab. Hmm.. nampaknye masih banyak lagi kena improve. Harap masih belum terlambat. Semoga masih berkesempatan. Amin


Sumber:  1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, 


8 comments:

  1. Salam Jumaat mama. Entry pendek tapi bermakna. Thanks atas peringatan

    ReplyDelete
  2. Betul itu kadang-kadang leka.

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat . terima kasih kak share entry yg sgt bermakna ini

    ReplyDelete
  4. salam jumaat...betul sangat tu

    ReplyDelete
  5. tq.
    moga kita semua manfaatkan setiap saat kita di bumi.
    setiap detik, setiap ringgit, setiap harta bakal dipersoalkan.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas ingatan. Moga bermanfaat buat kita semua.

    ReplyDelete
  7. Banyaknya amalan di dunia yang belum sempurna!

    ReplyDelete
  8. Terima kasih untuk perkongsian dan ingatan ini Kak Adda..

    ReplyDelete

Words of wisdom