Dinner di Nippon Sushi Shah Alam Selangor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, January 7, 2021

Dinner di Nippon Sushi Shah Alam Selangor

Dinner di Nippon Sushi Shah Alam Selangor. Korang nak tau, sejak PKP inilah kedai makan pertama mama makan bersama keluarga. Tetiba terasa nak makan kat kedai akhirnya kami decide nak pergi Dinner di Nippon Sushii Shah Alam Selangor. Kedai ni milik orang muslim so kenalah cuba.







Menu Pilihan Di Nippon Sushi Shah Alam






Ni antara menu yang kami order malam tu. Masing2 kelaparan sebab tak lunch haritu.

Set Salmon tepppanyaki. Sedap jugak rasa salmon tepppanyaki ni. Ada nasi, sayur dan sup sekali.

California temaki yang sedap dan segar

Rib eye teriyaki untuk anak mama. Dia memang suka teriyaki

Set beef tepppanyaki

Kami beli or mocha ice blended dan orange juice

Cheesy tori karaage. Korang kena makan ni sebab cheese dia banyak dan sedap sangat.


Menu dan harga di Nippon Sushi Shah Alam Selangor

Ni adalah senarai menu dan harga makan di Nippon Sushii Shah Alam Selangor









So far pengalaman makan kat Nippon Sushi pada mama ok sangat. Kat sini banyak pilihan makanan. Makanan semua fresh dan sedap. Yang penting halal. Boleh makan dengan yakin. Persekitaran premis bersih dan kemas. Pelayan mesra dan pesanan sampai dalam jangka masa yang memuaskan. Walaupun menu dalam bahasa jepun tapi ada  gambar pada menu so lagi memudahkan untuk kita lihat makanan tu mcm mana.

Total harga yang kami bayar dalam RM121, siap ada point  system sekali. Untuk 100 points boleh dapat free 1 piring sushi kalau 500 point dpt 1 menu ala carte free. Ok jugak kan.


Maklumat Nippon Sushi Shah Alam Selangor

Ni adalah alamat dan waktu operasi Nippon Sushi Shah Alam 


Pemandangan dari luar kedai

Nippon Sushi Shah Alam

Alamat: Vista Alam Serviced Apartment, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu perniagaan: 11:30 pagi –10:00 malam


26 comments:

  1. tengok makanan tu semua, sangat lah menyelerakan ^_^

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak cheesy karaage tu :)

    ReplyDelete
  3. Single ke? Ciannn.... contact i okay. Love u.
    017-4502767

    Linked In : https://my.linkedin.com/in/mohamad-zuhairi-c-a-m-4a5744107

    FB : https://www.facebook.com/mohamadzuhairi.mohamadzuhairi

    Insta :
    https://instagram.com/zuhairizani

    Twitter :
    https://twitter.com/zuhairizani

    ReplyDelete
  4. sedapnya makanan kat sini. selamat menjamu selera :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya mknn kt sini... teppanyaki pun ada... alhamdulillah ada jugak org kita yg ada restoren yg bgs ala sushi king ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. India pun boleh kena dgnntekak melayu mama

      Delete
  6. Teringin hendak cuba.
    Menu pun menarik. Harap satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba ada caeangan juga kat tempat lain kalau x silap mama

      Delete
  7. nippon sushi lebih byk pilihan dr sushi king..aritu try juga tk sempat lg update entry kt blog

    ReplyDelete
  8. menu best harga pun best juga..ni kalau tak ada ratus2 ni tak berani nak masuk aihhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x sampai status boleh aje tapi jgn la order yg mahal2 fan jgn order byk2 mcm mama tu hihu

      Delete
  9. Nape la kat ampang takde restoran sushi macam ni. Saya dahla memang hantu sushi

    ReplyDelete
  10. kebanyakkan kedai mmg ade point sekali..wah kat vista alam ea..boleh la try nanti

    ReplyDelete
  11. antara kedai sushi fevret !! sedapnyaa lama dah tak pi..
    tengok Mama tayang ni mulaaa rasa nak jugak ni..

    ReplyDelete
  12. wahhhh semua nampak sedap. tgk harga wagyu tu waduhhhhhh hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan sesekali boleh la anies. kalau hari2 bankrup haha

      Delete
  13. Banyaknya pilihan makanan. Kalau saya tak tahu nak pilih mana satu. semua nampak sedap tu

    ReplyDelete
  14. macam berminat pulak saya nak mencuba

    ReplyDelete

Words of wisdom