Cara Masak Nasi Arab Yemeni Mendhi Guna Periuk Noxxa - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, January 5, 2021

Cara Masak Nasi Arab Yemeni Mendhi Guna Periuk Noxxa

Weekend baru-baru ni mama sekeluarga berkumpul setelah sekian lama tak berjumpa. Sempat mama Masak Nasi Arab Yemeni Mendhi Guna Periuk Noxxa. Mudah sangat memasaknya 8 minit dah siap. Kalau nak tengok macam mana Cara Masak Nasi Arab Yemeni Mendhi Guna Periuk Noxxa boleh baca sampai bawah ye.






Kebetulan bila kakak ipar kata nak datang rumah, mama terus teringat nak order kambing perap dan nak nak masak nasi arab. Alhamdulillah tercapai hasrat mama. Mudah sangat masak guna Noxxa.

Madi arab dimakan bersama kambing perap. Mama masak kambing separate dengan nasi arab. Biasanya kalau masak nasi arab akan masukkan kambing/ayam sekali dalam nasi.


Cara Masak Nasi Arab Yemeni Mendhi Guna Periuk Noxxa






Selepas masak.. yum yum.. Mama masak menggunakan 2 pek nasi arab. Jom tengok caranya

1. Rendam beras nasi arab selama 30 minit dan selepas itu tos airnya dan ketepikan.
2. Masukkan 1200ml air ke dalam periuk Noxxa dan masukkan rempah.  Tekan mode stir fry dan panaskan sehingga mendidih. (Kalau nak letak ayam atau kambing boleh masukkan sekali dam rebus sehingga  separa masak dan keluarkan ayam). 
Klik stir fry

Stir fry sehingga mendidih

3. Kemudian, masukkan beras yang dah ditos tadi ke dalam air yang mendidih. Kacau seketika dan tutup periuk.
4. Tekan kepada mood high pressure selama 8 kali iaitu bersamaam dengan 8 minit. 
Pastikan laras kepada pressure di penutup periuk

5. Setelah nasi masak, lepaskan steam dulu sehingga semua steam keluar dan kemudian masukkan pewarna. Titik 3 tempat dan kacau rata dan biarkan dalam mode preheat selama 10 minit.

Masukkan pewarna dan gaul. 

6. Siap!!



Cara Masak Nasi Arab Yemeni Mendhi Guna Periuk Biasa

Set Pes Nasi Arab (termasuk beras) keluaran Arabian Kitchen.. Setiap 1 Set Mengandungi 1 x set 500g Arabian Kitchen Yemeni Mendhi (termasuk Beras)

Rempab nasi arab yang ada dalam bungkusan pack nasi arab 

Cara-cara Penyediaan (Selain guna periuk Noxxa):

Ni mama copy dari shopee. Dari description nasi arab yang mama beli..

1. Basuh dan Rendam Beras Selama 30 Min.
2. Masukkan PES YEMENI MENDHI Ke Dalam Air Sebanyak 700ml (untuk beras 500g) Dan panaskan Sehingga Mendidih
3. Tapiskan Beras Yang Direndam Tadi Dan Masukkan Ke Dalam Pes Yang Sudah Mendidih Tadi. 
4. Biarkan Sehingga Nasi Menjadi Kering Dan Masukkan Pewarna (3 Tempat Titisan Yang Berbeza)
5. Tutup Selama 15 Minit. Dan Siap Untuk Dihidangkan.

25 comments:

  1. Senang tidak payah berjam-jam.

    ReplyDelete
  2. oh.. saya pun suka jenama ni... senang sangat masak ni kan? kalau masak guna rice cooker 1 rumah harum semerbakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama baru first time cuba brand ni. rupanya glemer juga ye

      Delete
  3. Sedap tuh, dah try brand nih memang sedap nasi arab nye.

    ReplyDelete
  4. Sha suka guna jenama ini.. memang sedap dan mudah..

    ReplyDelete
  5. senang. nak beli mahal jugak nasi arab ni huhu

    ReplyDelete
  6. Mmm kak pun selalu guna brand ni juga buat nasi Arab. Mudah. Mesti jadi.

    ReplyDelete
  7. sedapnya mama..elok kejadian dia bila da masak tu..

    mama nanti tinggalkan details kat link ni ya: https://www.sunahsukasakura.com/2021/01/top-10-commentators-2020-blog-sunah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. alhamdulillah menjadi juga nasi arab mama.. satgi mama jenguk post ciksun ye.

      Delete
  8. sedapnya kak... dah lama rasa tak makan nasi arab last masa bulan puasa

    ReplyDelete
  9. cantik kejadiannya...lama x makan nasi arab ni...

    ReplyDelete
  10. Wahh.. sedap ni :)

    Terima kasih kerana sudi singgah dan komen di blog ejulz. :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/senarai-pengomen-tegar-dis-2020.html

    ReplyDelete
  11. Waaaa senang je. Favourite ni suka makcik sedara masak. Senang lah ada Pes ni kalau nak belajar buat sndiri

    ReplyDelete
  12. awat nampak sedap sgt. nak kena try buat juga ni..hehe

    ReplyDelete
  13. kalau dah pandai masak begini tak perlu kedai lagi

    ReplyDelete
  14. Rumah saya ada noxxa tapi jarang sangat guna. Thanks share Mama. Kalau teringin nanti boleh try

    ReplyDelete
  15. wah nampak sangatlah menyelerakan ^_^

    ReplyDelete
  16. cantik elok kejadiannyaaa.. mesti sedap tu =D
    kat rumah ni ada jugak Noxxa tapi harhar har..... pemalas sokmo saya ni

    ReplyDelete
  17. cara paling senang... yg susah bila malas nak masak hahahaha

    ReplyDelete
  18. rupanya yemeni mendhi ni ramai yg suka ye. mmg x heran la sebab mmg sedap dan mudah penyediannya

    ReplyDelete
  19. Mudahnya masak siap ada pek macam tu dan guna periuk noxxa lagi cepat kerja masak. Sedapnya nasi arab yemeni mendhi.

    ReplyDelete

Words of wisdom