Resepi Mashed Potato Home Made - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, December 3, 2020

Resepi Mashed Potato Home Made

Resepi Mashed Potato Home Made.  Hari minggu yang lepas mama ada buat mashed potato a.k.a whipped potato a.k.a kentang putar untuk dimakan bersama kambing bakar. Sedap yakmat ikut Resepi Mashed Potato Home Made ni.






Mashed potato ni kalau dimakan memang mengenyangkan. Resepi mama ni tahap kepedasannya adalah normal. Kalau korang suka pedas boleh tambah lagi black pepper ye. Jom tengok resepi jom..


Resepi Mashed Potato Home Made



Mama bahagikan resepi ni kepada 2 bahagian iaitu mashed potato & juga kuah/gravy mashed potato.

Resepi Mashed Potato



Bahan-bahan:

10 biji kentang - dikupas kulitnya dan dipotong dua
1 kotak kecil susu UHT (250ml)
2 sudu besar butter
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk lada sulah

Cara-cara membuat mashed potato:

1. Masukkan kentang dalam periuk dan masukkan air sehingga tenggelam kentang tu. Rebus sehingga kentang lembut.
2. Tos kan air.
3. Lecek kentang dengan garfu atau potato masher. Mama guna potato masher. Masukkan butter, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dalam lecek sehingga halus.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu UHT dan kacau sehingga rata. Masa ni korang akan tengok texture mashed potato sangatlah gebu gebas. Siap lah mashed potato kita.


Resepi Gravy/Kuah mash potato



Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
4 sudu besar butter
2 sudu tepung jagung
2 kiub ayam
2 sudu lada hitam 
2 sudu lada sulah
2 1/2 cawan air

Cara-cara membuat kuah mashed potato:
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang sehingga keperangan
2. Masukkan tepung jagung kacau sehingga tepung sehingga bertukar warna keperangan. Make sure guna api sederhana saja.
3. Masukkan air, kiub ayam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah 
4. Kacau-kacau sehingga sebati dan tutup api. Kalau korang nak texture gravy lagi halus boleh blend adunan ni. Siap!






14 comments:

  1. buat sendiri boleh makan banyak2.. i loveee potatoesss..
    sedapnya. makan saja xyah gravy xpa ehe..

    ReplyDelete
  2. Ikut citarasa sendiri lebih enjoy kan.
    Sedap!

    ReplyDelete
  3. dapat buat sendiri memang puas makan. nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. Wau nampak sedap.. nak try resepi mama nanti.. nampak mudah dan sedap sangat resepi gravy tu..

    ReplyDelete
  5. Mmg mudah wat sdiri.. Saya guna tepung instant lg cpt.. Tmbh air, garam, butter

    ReplyDelete
  6. Rupanya kentang pun letak lada hitam.

    ReplyDelete
  7. Suka buat sendiri mashed potato ni. Puas makan.

    ReplyDelete
  8. dulu masa kerja restoran...

    kami bancuh guna air panas sahaja mash potato...

    kalau nak masak kentang memang lambat la jawapnya

    ReplyDelete
  9. jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  10. Uish.. Sedapnya.. Nak datang makanlah.. boleh tak? hehehe

    ReplyDelete

Words of wisdom