Proses Edaftar Menengah Tahun 2021 Pengesahan Penempatan Di Sekolah Menengah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, December 28, 2020

Proses Edaftar Menengah Tahun 2021 Pengesahan Penempatan Di Sekolah Menengah

Proses Edaftar Menengah Tahun 2021 Pengesahan Penempatan Di Sekolah Menengah. Bagi anak-anak tahun 6 yang akan masuk tingkatan satu pada tahun 2021, bermula 24/12/2020 mereka dah mula dapat surat  Penempatan murid tahun 6 ke kelas peralihan/tingkatan 1/ppki sekolah menengah harian sesi persekolahan 2021. Anak mama pun dah selamat terima surat penempatan. 








Macam tak percaya anak mama dah nak masuk sekolah menengah. Sekejap aje dah nak remaja dah anak mama yang sorang ni. Baju dan kelengkapan sekolah satu pun tak beli nak oii.. Risau juga mama ni

Penempatan murid tahun 6 ke kelas peralihan/tingkatan 1/ppki sekolah menengah harian sesi persekolahan 2021

Tahun ni amat berlainan dengan tahun-tahun lepas. Tahun ni penyerahan surat penempatan hanya bagi pada guard sekolah aje. Mudah juga kan.. Tapi jangan terlepas tarikh ye. Ibu bapa/ penjaga perlu membuat pengesahan penempatan di sekolah menengah yang ditempatkan bermula 28 – 30 Disember 2020 (Isnin – Rabu)



Tarikh penting edaftar Sekolah Menengah


Kaedah pengesahan penempatan 







Kaedah untuk pengesahan penempatan sekolah menengah adalah seperti berikut:

3.1 serahan dokumen-dokumen di pondok pengawal sekolah menengah yang diluluskan seperti berikut: 

3.1.1 Surat Penempatan Murid Tahun 6 ke Kelas Peralihan / Tingkatan Satu / PPKI Sekolah Menengah Harian Sesi Persekolahan 2021; 

3.1.2 Sijil Kelahiran Murid (salinan); dan 

3.1.3 Kad Pengenalan Murid sekiranya ada dan ibu bapa (salinan) 

Semasa hari pertama sekolah kita perlu membawa dokumen asal seperti di senaraikan kat atas tu.

Membuat permohonan pertukaran sekolah

Ibu bapa/ penjaga boleh membuat permohonan pertukaran  (dalam daerah atau antara daerah) dengan sekolah menengah.

Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa borang pertukaran Jadual Ketiga P.U.(A) 275 ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkenaan bermula 28 Disember 2020 (Isnin).

Surat kelulusan penempatan murid akan dikeluarkan oleh PPD berkenaan berdasarkan kepada kekosongan tempat dan lain-lain perkara yang berkaitan. 

Sekiranya permohonan pertukaran TIDAK DILULUSKAN, murid hendaklah terus berada di sekolah menengah ASAL.


Sebarang pertanyaan

Sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri Masing-masing

8 comments:

  1. sekejap je dah nak masuk tahun baru. nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. bagus entri ni, untuk rujukan pada parents lain

    ReplyDelete
  3. tahun yang mencabar...

    kesian untuk anak-anak kita yang bersekolah..

    misalnya tiada ujian UPSR

    harap pada tahun 2021..keadaan akan menjadi lebih baik

    ReplyDelete
  4. wah.. dh dpt penempatan dh ye... anak sy thn dpn br darjah 6 mama... setahun lg kt sekolah rendah... hehehehe

    ReplyDelete
  5. sangat memabnatu entry ini.. ohsem kak..

    ReplyDelete
  6. moga dapat membantu ibubapa yg ingin membuat proses edaftar..

    ReplyDelete
  7. Mesti teruja kan anak nak masuk sekolah alam baru. Tak sangka dah besar

    ReplyDelete

Words of wisdom