Pelihara Hak Jalan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, November 20, 2020

Pelihara Hak Jalan

Assalamualaiku. Salam hari Jumaat kepada semua yang mama sayangi. Harini mama nak share hadith yang berkaitan dengan Pelihara Hak Jalan. Rupanya jalan itu punya hak juga. ye. Bagaimana nak Pelihara Hak Jalan tu. Mari kita baca cama-sama.






Pelihara Hak Jalan




عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الْأَذَى وَرَدُّ السَّلَامِ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ

Daripada Abu Sa'id Al Khudriy RA dari Nabi SAW bersabda: "Janganlah kamu duduk duduk di pinggir jalan". Mereka bertanya: "Itu kebiasaan kami yang sudah biasa kami lakukan kerana itu menjadi majlis tempat kami bersembang". Baginda bersabda: "Jika kamu tidak mahu meninggalkan majlis seperti itu maka tunaikanlah hak jalan tersebut". Mereka bertanya: "Apa hak jalan itu?" Baginda menjawab: "Menundukkan pandangan, menyingkirkan halangan, menjawab salam dan laksanakan amar makruf dan nahi  munkar". (HR Bukhari No: 5790) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:







1.  Rasulullah SAW melarang sengaja duduk atau lepak di tepi jalan yang menjadi laluan orang ramai.

2.  Imam Nawawi menjelaskan dalam Syarh Sahih Muslim, duduk atau lepak di tepi jalan boleh menyebabkan jalan sempit atau menyukarkan orang lain untuk melaluinya.

3.  Larangan di atas mencakupi semua bentuk gangguan yang ditimbulkan kepada pengguna jalan raya. Antaranya tindakan menggunakan lorong kecemasan tanpa keperluan juga merupakan salah satu perbuatan yang menggangu jalan. Apatahlagi, ia menghalang laluan yang dikhususkan kepada orang yang berada dalam keadaan kecemasan, yang pasti akan memudaratkan orang tersebut jika tidak dapat menggunakannya.

4.  Jika terpaksa berada di tepi jalan untuk urusan tertentu, kita perlu menjaga adab dan hak jalan iaitu:

a.  Menundukkan pandangan (kepada wanita bukan mahram yang lalu atau lawan sejenis)

b.  Menyingkirkan halangan (tidak menyakiti orang yang lalu @ menghalang laluan, memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata orang dan lain-lain)

c.  Menjawab salam (memulia dan menghormati orang lain)

d.  Laksanakan amar makruf dan nahi  munkar

Sumber: Telegram 1 Hari 1 Hadis 

18 comments:

  1. Betul. Rasanya menghalang jalan dengan letak kereta tidak betul pun dikira mengganggu jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. P.S: Terlepas 1 nombor pengira pengunjung.
      Mencabar juga. Apapun ambil gambar sebab hampir.

      Delete
    2. Betul kuga tu NA.. jgn nyusahkan org itu into dia.. alahai satu aje beza nya ye.. jgn putus ada tau try capture 2.33juta pula

      Delete
  2. Alhamdulillah.. satu perkongsian yang bagus dan bermanfaat.. tq kak..

    ReplyDelete
  3. ia tuh
    banyak orang duduk di tepi jalan sangat mengganggu saja

    ReplyDelete
  4. Kadang kat tangga pun orang lepak2 mengganggu orang jalan turun naik

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas ilmu baru yang saya dapat harini

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete
  7. Islam is indeed beautiful.. semua pun ada atur cara dan panduan.

    ReplyDelete
  8. Peraturan dah ada ada dari dulu lagi kan.
    Sekarang ni kalau park tepi jalan dan menghalang pasti kena saman :)

    ReplyDelete

Words of wisdom