Lunch di Pak Li Kopitiam di Musim PKPB Seksyen 18 Shah Alam Selangor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 16, 2020

Lunch di Pak Li Kopitiam di Musim PKPB Seksyen 18 Shah Alam Selangor

Sejak musim pandemik Covid 19 ni memang mama sangat jarang makan di restoran. Selalunya mama masak dankalau mood kemalasan melanda, mama order aje malalui FoodPanda atau GrabFood. Cuma minggu lepas aje mama pergi Lunch di Pak Li Kopitiam di Musim PKPB Seksyen 18 Shah Alam Selangor. Mama diajak oleh kawan untuk berjumpa kawan kami yang dah beberapa hari tak jumpa. Padahal semua dalam satu premis tempat keje. BAngunan aje lain-lain haha..






Mula-mula memang malas nak keluar sebab mama kekenyangan. Mama makan heavy breakfast. Roti canai tampak + cheese masakan dari En Hubby. Mama bawa bekal ke opis. Memang tersangat kenyang la jadinya. Sesekali makan air tangan suami memang sedap.


Menu Lunch di Pak Li Kopitiam

Ni antara yang kami order hari tu.


Asam laksa favourite mama. tapi kali ni pedas yakmat pula laksa dia. Mungkin guna cili yang pedas. Zaman sekarang ni memang susah nak cari cili kering yg tahap pedas dia normal kan

Teh ais lemon madu bagi semua

Mee Kari

Roti bakar dan telur separuh masak untuk mama yang tak terlalu lapar.


Menu dan Harga di Pak Li Kopitiam






Dah lama mama tak pergi Pak Li. Rasanya dah hampir setahun tau. Bila lihat menu dia rasa macam banyak sangat menu yang dah takde. Menu dah terhad sekarang mungkin sebab PKP kut mama pun tak sure. Ini antara menunya.






Lama tak makan luar sesekali rasa seronok gak hangout dengan kawan-kawan. terasa normal sekejap di zman PKP ni huhuu..


Detail Pak Li Kopitiam Seksyen 18 Shah Alam

Alamat: Ole Ole Shopping Centre, No 7 Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, Shah Alam, 40200 Shah Alam, Selangor

30 comments:

  1. Lama tak lepak2 di Shah Alam. Hehehe... Bila tak selalu ke opis jadi rindu-rindu dengan office mates yang seminggu 5 kali bersama-sama kan bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unfortunately laksa gravy is very spicy. Stunted appetite then.

      python course london

      Delete
    2. Betul tu.. lama sgt x hangout keluar dgnnkengkawan. Rinduu

      Delete
  2. Humm sedapnya tengok2 gambar makanan tu..

    ReplyDelete
  3. Restoran makan peberet Sis anak beranak kalau ke Shah Alam.. suka makan menu ciken butter lemon dia, sedap....

    ReplyDelete
  4. kalau saya lihat makanannya seperti kebanyakan kita makan di rumah, hanya saja dibuat sedemikian rupa hingga harganya jadi mahal :D

    ReplyDelete
  5. teh ais lemon madu tu kalo nengok bulan puasa, boleh makruh puasanya..hahahaha

    ReplyDelete
  6. Sayangnya kuah laksa sangat pedas. Terbantut pula selera nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Tak tau la nape pedas sgt mama ni dah le skrg perut Tak tahan pedas sgg

      Delete
  7. ammi pun dah lama tak makan kat luar.. kalau nak makan berdua je dengan suami kang raasa kesian pulak kat anak2 dirumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ammi.. mama pun x penah makan luar sejak covid gelimbang kedua ni

      Delete
  8. Tengok macam banyak juga pilihan. Terliur dengan laksa. Macam majalah rasa laksa Katong yang diiklankan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak byknmcm dulu. Dulu satu bukubskrg mcm pample aje menu dia NA

      Delete
  9. Ai kalau pergi Pak Li ni mesti na makan nasi ayam lemon.. Sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduhhbdmsrdaonya kan.. mama suka letak Cili dia byknsikit

      Delete
  10. Bahaya la petang2 ni tgok entry ni...terus berbunyi je perut...hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul la saya tgk balik gambar ni pun jadi lapar

      Delete
  11. tak pernah makan di Pak Li..asam laksa pedas yakamat..ohh no..

    ReplyDelete
  12. Rindunya nak makan ngan kawan2, lepak ramai2 satu meja. Tapi tulah ramai2 sangat kang takut polis tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh ramai sgt sal.krna ikut peraturan.. huhu nak buat mcm Mana kan

      Delete
  13. wah asam laksa dia nampak sedap....dah lama xmakan asam laksa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama selalu cari asam.laksa sebab mmg feberet. Sukansebab pedas.. masam woo

      Delete
  14. Telur separuh masak tu yang paling sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  15. roti canai tampak..mcm mna ye mama..

    ReplyDelete

Words of wisdom