Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, November 27, 2020

Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah

Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah. Assalamualaikum, salam hari Jumaat yang penuh barokah. Semoga kita sentiasa menjadi lebih baik di setiap Jumaat yang mendatang. Baik dari fizikal, baik dari segi mental, baik dari segi rohari dan juga jasmani. Mama sentiasa doakan semua yang berkunjung ke blog mama agar sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan baik dan masuk syurga semuanya. Amin..







Harini mama nak share hadith tentang Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah. Jom baca.

Taqarub Kepada Allah



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

Daripada Abu Hurairah RA berkata, "Nabi SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: "Aku bersikap mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap Ku. Aku bersama-sama mereka apabila mereka mengingati Ku. Apabila mereka mengingati Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila mereka mengingati-Ku dalam perkumpulan mereka, maka Aku mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka. Demi sekiranya mereka mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa.  Sekiranya mereka mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dalam keadaan berlari (segera)." (HR Bukhari No: 6856) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:







1.  Allah bersikap seperti sikap hamba terhadapNya. Jika seseorang mengingati Allah dalam dirinya, berzikir dalam hatinya, dan menganggap Allah sentiasa mengingatinya sama ada ketika dia bersendiri atau bersama orang lain, nescaya Allah akan sentiasa mengingati hambaNya.

2.  Seseorang yang memuji Allah dengan bersyukur, sentiasa berdoa, bertaubat dan menjaga keimanan di khalayak ramai, pasti Allah akan mengingati dan memujinya di khalayak yang lebih baik dan utama.

3.  Seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadat dan amal sollehnya dengan jarak sejengkal atau sehasta, Allah akan mendekatinya lebih dekat daripada itu. Jika seorang hamba itu mendekati Allah dengan berjalan, nescaya Allah akan mendatanginya dengan berlari.

4.  Setiap amalan seseorang yang baik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah akan menggandakan balasan baik kepadanya.

فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ ١٥٢

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) –Ku” (Al-Baqarah : 152)

Marilah kita bersama-sama bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan zikrullah dan ibadat kepadaNya.


Sumber:  1 hari 1 hadis 

14 comments:

  1. Aamiin, aamiin, aamiin.. terima kasih atas ingatan mama..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian mama =)

    ReplyDelete
  3. Inshaa Allah..terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. Semoga kita terus berada di landasan yang betul

    ReplyDelete
  5. sesekali dalam hidup perlu menyendiri dan merenung jauh dan dalam. lebih lebih di hujung usia ini, banyak yang dilalaikan. takut tak sempat...

    ReplyDelete
  6. semoga kita semua sentiasa istiqamah

    ReplyDelete
  7. Good sharing Adda, InsyaAllah.. semoga kita semua terus istiqomah perbaiki diri dan amal..

    ReplyDelete
  8. Insha allah. Thanks atas peringatan

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah. Terimakasih perkongsian. Semoga jadi amalan.

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah.. Terima kasih untuk peringatan ni kak..

    ReplyDelete
  11. sentiasa ingat Allah swt, di kala senang & susah, setiap waktu..

    ReplyDelete

Words of wisdom