Salam Maulidur Rasul, Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman

Salam Maulidur Rasul semua. Hari ini 12 Rabiul Awal 1442 bersamaan dengan 29 Oktober 2020 adalah ulangtahun nabi Muhammad SAW. Salam Maulidur Rasul, Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman 







Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ


Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya." (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih



Kesimpulan hadith:

1.  Kesempuraan iman itu menuntut kecintaan yang sempurna kepada Rasulullah SAW.

2.  Kesempurnaan iman seseorang mesti meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada ibu bapa, anaknya juga manusia seluruhnya.







3.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga mesti melebihi kecintaan kepada diri sendiri atau hawa nafsunya. Rasulullah SAW menjelaskan kepada Saidina Umar kecintaan yang sebenar seperti di riwayatkan Abdullah bin Hisyam RA, ia berkata:

4.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti didahului dengn kecintaan kepada Allah. Mencintai Rasulullah adalah cinta kerana Allah.

5.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti diperlihatkan dengan lisan dan perbuatan. Bukti cinta dengan mencontohi sunnah Nabi dalam ibadat dan amalan seharian.


Mari Berselawat ke atas Rasulullah SAW

Rasulullah SAW mengajarkan cara berselawat ke atas baginda. Seafdhal-afdhal selawat adalah selawat yang biasa dibaca semasa tasyahud akhir setiap solat (Mustika Hadis 1/259) atau yang dipanggil selawat Ibrahimi:

اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ



Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Abi Umamah berkata Rasulullah bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

 

Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791) Status: Hadis Hasan


Dumber: 1 Hari 1 Hadis 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. cuma tahun ini sambutan buat di masjid n surau je angkara Covid 19.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur ada juga aban. Sini zon merah surau pun xleh pegi

      Delete
Previous Post Next Post