Resepi Roti Viral Korean Cheesy Garlic Bread Guna Air Fryer - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, October 6, 2020

Resepi Roti Viral Korean Cheesy Garlic Bread Guna Air Fryer

Harini mama nak share Resepi Roti Viral Korean Cheesy Garlic Bread Guna Air Fryer. Sejak kebelakangan ni mama memang suka makan Garlic bread cream cheese ni. Pada mulanya mama tak tau pun roti ni roti Korea. Yang mama tau rasa dia memang sedap dan unik. Mama sekeluarga memang suka roti ni. Hampir setiap minggu beli di kedai Kek Jalan Tiung. Tetiba mama ternampak ada Resepi Roti Viral Korean Cheesy Garlic Bread Guna Air Fryer maka mama nak simpan di sini untuk mama refer. Nanti nak cuba buat bile ada masa.







Rupanya Korean Cheesy Garlic Bread adalah street food orang Korea yang sangat popular. Aishh nape lah street food Korea ni semua sedap-sedap ye?



Garlic bread with creamy cheese dari Kedai Kek Jalan Tiung (credit ig pic CJT). Aritu masa beli tak sempat nak ambil gambar. Mama beli dgn harga RM9 sebuku. Boleh share-share dan memang kenyang pun bila makan satu tu share 3 orang.. Roti tu boleh tahan besar juga dalam sebesar penumbuk gitu..










Resepi Roti Viral Korean Cheesy Garlic Bread Guna Air Fryer


Jom kita tengok resepi. Nampak senang dan boleh di buat ni. Kalau ada air fryer lagi lah mudah..

Gambar dan resepi dari FB Amanda Tan

Bahan Bahan :

Inti
100g Cream Cheese
30ml Whipping Cream
2 sudu besar Madu

Sos
100g Mentega
1 labu Bawang Putih dicincang
2 sudu besar Herba Parsley Kering
2 sudu besar Keju Parmesan
1 biji Telur

Cara Penyediaan setiap bahan:
1. Potong roti bun ke 6 bahagian . Tanpa potong putus dibawah. Ketepikan.
Sediakan Inti :
1. Lembutkan cream cheese .
2. Masukkan whipping cream dan madu. Gaul sebati. Masukkan kedalam piping bag. Ketepikan.

Sediakan Sos :
1. Cairkan mentega  pada api kecil / sederhana. Tutup api.
2. Masukkan bawang putih cincang dan herba parsley kering. Gaul sehingga mentega agak sejuk.
3. Bila mentega sedikit sejuk,  baru masukkan telur dan keju Parmesan. Gaul sebati. Ketepikan. Jangan masukkan telur bila mentega masih panas nanti terjadi pulak telur goreng.

Cara  Penyediaan Korean Cheesy Garlic Bread
1. Isikan inti cream cheese disetiap belahan roti. Isikan separuh , takut muak.
2. Tuang sos mentega  kedalam setiap belahan roti dan bahagian atas. Alaskan roti didalam loyang yang akan dibakar dalam Air Fryer.
3. Bakar pada suhu 180°C / 5min.


NOTA KAKI:
1. Model : Air Fryer Philips HD9216
2. Panaskan dahulu AF pada suhu 180°C selama 5min.
3. Loyang digunakan saiz 6 inchi. Boleh beli di kedai online. Carikan Accessory Air Fryer.
4. Boleh guna  pinggan besi yang dijual dikedai Eco.
5. Boleh juga campur sos  cili kedalam adunan cheese  jika nak rasa  yang pedas.
6. Boleh simpan dalam peti sejuk. Panaskan balik keesokan hari.
7. Resepi ini sesuai untuk pengguna ketuhar. Bakar ikut masa tapi kena kerap pantau . Boleh tambah suhu / masa  ikut ketuhar.
8. Saya gunakan roti bun yang sedia dijual dikedai. Boleh guna bun biasa, bun kismis,  bun wholemeal dan lain lain.


20 comments:

  1. banyak kali dah ni tgk org share resepi roti viral ni...yumyum

    Nieyl ada anjurkan giveaway, jemput join :)
    https://www.nieylanadia.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah Cuba makan tak? Sedapp.. nanti mama join ye GA nieyla

      Delete
  2. Akak order jer ngan kawan...buat mmg x reti la

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba juga nanti ni. Nmpk senang nk buat.

    ReplyDelete
  4. banyak gak bahan-bahannya mama, kak ana tunggu nak beli BM baru nak try buat2 roti ni in shaa allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow bestnya Ada BM nanti confirm kak ana Akan share byk lagi resepi roti

      Delete
  5. tak pernah cuba lagi, tapi nampak menarik betul. ada kesempatan nanti Cik TK try buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg tgh viralcik TK mama pun tak tau dia jadi viral. yang mama tau dia ni mmg sedap

      Delete
  6. mamapp da try buat lom?
    aida lom sempat try. bahan mudah aje nak carik.
    2-3 kali beli kat jusco.
    anak2 suka makan. beli 2 ketul, hmmmm cukup 5 beranak makan nyer :)
    alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. semua suka ye roti tu.. mama tak buat lagi.. makan selalu laa

      Delete
  7. waa..senang rupanya nk buat ni..tapi sisyat xopernah cuba buat lagi..anak2 suka makan, makanya beli je la :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih tak penah cuba lagi ke.. sedap tau mama suka

      Delete
  8. Nampak sedap tu. belum pernah makan lagi roti viral korean cheesy garlic ni.

    ReplyDelete
  9. macam senang jer nak buat..

    kalau betul-betul nak buat memang saya tak minat la

    ReplyDelete

Words of wisdom