Resepi Jemput-jemput Pisang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, September 3, 2020

Resepi Jemput-jemput Pisang

Resepi Jemput-jemput Pisang. Assalamualaikum semua.. cuti hari kemerdekaan aritu mama masak aje kat rumah. Memang tak jejak tanah hari tu. Malam sebelumnya mama berkumpul satu family dan kami masak-masak shell out home made. Fuh, memang sedap dimakan ramai-ramai dan semasa panas-panas. Kalau masak ni ketiaka bercuti pun best juga. Kalau bercuti jangan lupa buat pilihan homestay yang terbaik ye. Nanti ada masa mama share resepi shellout kami tu. Harini mama nak share Resepi Jemput-jemput Pisang aka Cekodok Pisang yang buat sebagai sarapan kami anak beranak pagi esoknya.







Kebetulan ada banyak pisang emas yang kakak ipar mama bagi dan En hubby pula teringin nak makan jemput-jemput pisang. Maka mama ambil la sikit masak untuk sarapan. Sebenarnya mama tak berapa suka guna pisang emas buat jejemput. Tapi ini je ada masa tu. Buat saja laa hihi.. asal jadi kan. Jom mama share resepi simple ni

Resepi Jemput-jemput Pisang / Cekodok Pisang


Cekodok pisang mama yang comel-comel

Bahan-bahan:

12 biji pisang emas
4 senduk tepung gandum - sori mama x guna sukatan cawan sebab senang nak ambil dari bekas tepung. kuantiti tepung bergantung juga kepada jenis pisang. So, agak-agak la ye
1 sudu butter
2 sudu gula
Secubit garam






Cara Memasak:

1. Pisang dibuang kulit dan dilenyek hingga hancur (ish.. betul ke statement mama ni. korang faham kan hehee)
2. Masukkan 1 sudu butter, 2 sudu gula dan secubit garam. kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan sebati. Pastikan adunan tak terlalu cair dan tak terlalu keras.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali.
5. Guna sudu atau kaup dengan tangan adunan tadi dan masukkan ke dalam kuali. Kalau guna tangan lagi comel dan bulat-bulat kejadiannya. 
6. Goreng sehingga keperangan. Sedia untuk dihidang.


Hari sebelum tu beli pisang tanduk untuk buat pisang goreng. Maka bersarapan dengan pisang goreng juga la kami

Minum lai chi kang sekali. Pelik tak sarapan minum air lai chi kang hihi.. Air ni memang favourite mama



19 comments:

  1. laicikang pun buat sendiri ke?

    Saya kalau buat jemput pisang , main bedal je pisang apa pun.Hahaha
    Asalkan rasa pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal pisang tu dah cukup masak mesti sedap kan

      Delete
  2. sedapnya pisang tanduk goreng lawankan dgn sambal kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. opkos dana kalau xde sambal kicap x mari kan.. mama buat juga sambal kicap aritu mmg sekejap aje habis hihi

      Delete
  3. Comel-comel je welcome-welcome pisang mama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha welcome-welcome ye.. comel la shima ni

      Delete
  4. Sedapnya jeput pisang. Favourite kita juga mama.

    Laici kang tu mama minum sarapan ya. Dah suka. Waktu apa pun onz mama. 😋

    ReplyDelete
  5. Peh memang menyelerakan ❤️ Rasa teringin nak buat sekarang juga pula 😅

    ReplyDelete
  6. Sedapnya jemput jemput pisang. Kadang failed terlembik sikit. Sedap juga lai chi kang tu ha.

    ReplyDelete
  7. sedapnya jemput2 pisang tu mama..tiba2 teringat mak suka buat ptg2 kalau kami adk beradik blk ramai2 :)

    ReplyDelete
  8. sesekali makan cekodok pisang mmg sedap especially yg home made kan

    ReplyDelete
  9. Sedapnye. Kalau petua nenek ena nak cantik bulat je celur tgn dlm air masak dlu baru kaut. Hehe. Jadi die jatuh dlm kuali cantik je xmelekat

    ReplyDelete

Words of wisdom