Pokok Cili Api Mama Sudah Berbuah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, September 8, 2020

Pokok Cili Api Mama Sudah Berbuah

Pokok Cili Api Mama Sudah Berbuah. Beberapa bulan lepas mama pernah cuba tanam pokok cili api sendiri. Saje aje mama tabur biji cili dan tak sangka pula pokok cili tumbuh dengan jayanya. Beberapa hari lepas tetiba mama perasan Pokok Cili Api Mama Sudah Berbuah. Waa.. seronoknya mama..








Sebenarnya mama tak pernah jaga bebetul pokok ni sebab mama kebizian sejak mula bekerja selepas PKP aritu. So, mama tak sempat nak belek sangat pokok-pokok mama. Aleh-aleh bila mama nak siram tetiba ternampak cili api ni. 

First cili api yang mama perasan. Tetiba tengok dia dah besar aje

Keesokannya baru mama perasan ada juga cili api yang dah berbuah di pokok lain Ni versi lagi gemuk









Cili dari pokok yg sama dgn ciki gwmuk tu pun dah ada baby cili.

Seronok rupanya bila menanam dan dapat merasa hasil tanaman sendiri. Mama ni memang sangat noob dalam bercucuk tanam ni. Pokok pun kurus-kurus aje tak macam pokok wak Warisan Petani tu. Tapi syukur dapat juga merasa hasil tanaman sendiri walaupun cili api mama takdelah banyak sangat hasilnya. Alhamdulillah




35 comments:

  1. bestnya bila tgk cili api dah berbuah, dana ni baru menyemai kak... belum pindahkan lagi.. best tengok bila nampak dah berbuah kan ... hari-hari jenguk hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya dana punya cili nanti mesti lagi gemuk. dana pandai jaga. akak ni tak tengok langsung pun pook ni hihi

      Delete
  2. nak tanam malas tapi bila tengok hasilnya rasa excited sgt..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah tiara.. tabur aje biji cili insya allah tumbuh la dia

      Delete
  3. best kalau dapat makan hasil tanaman sendiri :)

    ReplyDelete
  4. Memang seronok bercucuk tanam kalau ada hasilnya. Lepas ni kena tanam banyak lagi pokok baru best petik cili banyak banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga fiza.. kalau byk takyah nak pegi kedai beli kan

      Delete
  5. ha'ah pokok cili senang nak jaga. Yang penting kena panas betul

    ReplyDelete
  6. Jangan terkejut bila merah nanti tinggal separuh sebab burung suka sangat cili ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke.. tak pedas ke burung tu makan cili TK?

      Delete
    2. Tak pasti la lidah burung ni tahan macam mana. Tapi antara semua cili yang ni juga la burung suka. Agaknya sebab kena panggil cili burung juga kut.

      Delete
  7. Replies
    1. ye wak.. dah buat dah pun aritu sambal kicap makan dgn pisang goreng

      Delete
  8. Yeyyyy. Syukur. Merasa Dari pokok tanaman sendiri.

    ReplyDelete
  9. wahh pasti seronok ni mama, buah sulung lah katakan :)

    ReplyDelete
  10. Seronok kan dpt memetik hasil titik peluh sendiri, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. wah senang nak makan petik je yer

    ReplyDelete
  12. jom mama join GA ni

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html

    ReplyDelete
  13. musim2 hujan ni mama..mmg cepat tanaman naik kan..Tahniah mama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim hujan dan panas ni agaknya pook dpt cukup zat ye

      Delete
  14. Bestnya. Minggu lepas baru beli anak poko cili kat pasar tani. Harapnya diorang membesar dan berbuah dengan jayanya.

    ReplyDelete
  15. Hasil tanam sendiri bila berbuah memang lain macam perasaan excited tu hehheee...

    ReplyDelete
  16. wah..untung la lepas nie..

    tak perlu nak berbeli lagi..

    kalau dah banyak boleh jual atau sedekah dengan jiran tetangga

    ReplyDelete
  17. wahh bagusnyaa :D dapat jugaa merasa hasil tanaman di rumah . tak payah beli di kedai :)

    ReplyDelete
  18. seronoknya bila tanaman dah mengeluarkan hasil..

    ReplyDelete
  19. wah seronoknya tgk hasil tanaman sendiri dan keluarkan hasilnya.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah....rezeki org2 green thumb. Bukan senang nak dpt hasil pokok cili.

    ReplyDelete

Words of wisdom