Minum Coconut Shake di Klebang Original Coconut Shake Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, October 14, 2020

Minum Coconut Shake di Klebang Original Coconut Shake Melaka

Kalau korang perasan, mama ni selalu singgah ke Melaka kan. Banyak post mama berkenaan Melaka. Seperti yang mama pernah mention sebelum ni, Melaka memang sentiasa ada banyak tarikan dan mama tak pernah khatam lagi kesemuanya.. Baru-baru ni mama sekeluarga Minum Coconut Shake di Klebang Original Coconut Shake Melaka. Siapa tak kenal Klebang Original Coconut Shake Melaka kan. Semua kenal sebab tempat ni memang terkenal dengan coconut shake.







Masa mula sampai tu rasam macam nak patah balik juga lah sebab tengok ramai sangat orang. Asalnya kami nak makan di situ tapi terpaksa cancel juga sebab ramai orang sampai nak parking pun beratur. Maka gigihlah mama beratur utk takeaway hihi..

Berbaloi beratur dapat coconut shake yg sedap. Rare coconut shake ni sebab terasa isi kelapa dalam coconut shake ni. Rasa dia pun lebih lemak

Siap Ada label lagi cup dia








3 beradik yg gigih beratur. No 1, 4 & 5. Boleh teka which one is which sibling?

Display harga air coconut shake. Mama Beli coconut shake special 

Tu dia nampak tak org tengah beratur. Mama start beratur dalam separuh lagi ke belakang.. Selalunya minta maaf la mama ni sejenis malas nak beratur. Tapi kali ni Ada geng bolehlah beratur sambil bergebang. Walaupun ramai orang tapi takde lah lama sangat beratur tu. Dalam 15 minit aje.

So far, berbaloi la mama rasa beratur selama 15 minit tu. Kawasan parking utk dine in besar dan terletak di bahagian dalam lorong harga coconut shake pun harga std aje. Memang wajar diberi pujian kerana tidak tekan harga..


Sesak dengan kereta. kedai yg utk dine in tu. Kalau nak makan kat situ korang boleh ikut alamat dan detail di bawah ye..

Klebang Original Coconut Shake Melaka

Alamat: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, 75200 Klebang Besar, Malacca
Waktu perniagaan: 11:00 pagi –6:30 petang kecuali Jumaat 2:30–6:30 petang.


29 comments:

  1. lama x singgah sini. sebab jauh dari rumah :)
    kerap ke coconut shake alai - sebab memang laluan amik kak Nurin sekolah.
    or, ke coconut shake batu berendam, sebab dekat dgn ofis :)

    coconut shake ni memang menyamankan, kan.
    feel good je bila kita sedut nyer. dpt plak eskrem vanilla yg lebih.
    terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Cuba gak kat tempat yg Aida selalu Beli..Cuma yg klebang ni mmg lain sebab Ada isi kelapa. First time mama Rasa MCM.ni

      Delete
  2. Memang Klebang Cocunut Shake ini sedap sebab rasa kelapa dan lemak.

    ReplyDelete
  3. Wajib beli kalau ke klebang kak. Panas2 dpt ni memang ngam teruk.

    ReplyDelete
  4. Memang sedap coconut shake Klebang cuma masa beratur memang lama terutamanya kalau pergi masa cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa cuti punya la ramai MCM.masa pergi ni la..tapi berbaloi la juga

      Delete
  5. memang beratur kalau weekend,kalau hari biasa tak ada,biasa saja..

    ReplyDelete
  6. Melaka walaupun negeri kecil banyak tarikan kaya dengan budaya dan makanan.
    Panjang juga line beraturnya. Syukur cepat juga giliran sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.tu tk.. negeri kecil.talo tarikannya besar

      Delete
  7. Nampak sedap jer. Pernah try tapi tak kena dengan tekak. Tapi bukan yang Klebang punya la. Mungkin yang ni lagi power kot. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli katne? Boleh try klebang Pula.. pada mama mmg sedap

      Delete
  8. kalo pi mlk mmg wajib singgah sini...mmg dh byk kali mkn sini..tk silap dh 8x kot....coconut shake mmg sedap lps tu nasi lemak pn sedap...mmg rezeki mkn sini tk pernh lg beratur pjg ...kalo cuaca panas dpt coconut shake ni nyamannnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow mmg byk kali sgt dah tu amy singgah sini. mama malas nak singgah bila tgk ramai orang. nx time bolehlah cuba nasi lemak dia

      Delete
  9. Berpanas menunggu pun tak mengapa sebab sedutan pertama terus menyejukan.

    ReplyDelete
  10. Panjangnya queu ! Coconut shake ini memang ramai peminat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ramai peminat. ngeri tgk org beratur tapi ok aje lajuu

      Delete
  11. Terliur pula tengok coconut shake ni

    ReplyDelete
  12. lamanya tak minum coconut shake ni.

    ReplyDelete
  13. Betoi..cheery dah rasa memang sedap. 1st try dah jatuh cinta. Kena dgn tekak

    ReplyDelete
  14. pernah pergi dan merasa dah.. jenuh beratur..

    ReplyDelete
  15. time2 panas nih minum lega aaihhh tekak ni mama ^_^

    ReplyDelete
  16. sempat pergi sebelum pkp sebelum ni.. hehe memang sedap!

    ReplyDelete
  17. Tak pernah rasa sebab kita malas beratur. Kalau on weekend ramai je. Berbaloi kalau sedap tu kak

    ReplyDelete

Words of wisdom