Resepi Ikan Bawal Masak Sweet & Sour - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Sunday, July 5, 2020

Resepi Ikan Bawal Masak Sweet & Sour

Assalamualaikum semua.. mama nak share Resepi Ikan Bawal Masak Sweet & Sour atau Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis. Kebetulan masa pergi shopping barang dapur terjumpa ikan bawal emas terus terbayang nak masak sweet sour. Jom tengok Resepi Ikan Bawal Masak Sweet & Sour.









Mama beli 2 ekor je bawal ni tapi mama goreng sekor untuk anak mama dan sekor masak sweet sour ni.


Resepi Ikan Bawal Masak Sweet & Sour


Ikan bawal mama pakai blanket haha. Penuh dengan kuah. Mama sekeluarga memang kuat makan kuah tau..










Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal (lumur dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak kemudian letak dlm pinggan)
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar cili kisar
2 biji tomato di potong kasar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar :
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:

1. Ikan lumur dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak kemudian letak dlm pinggan.
2. Minyak dari gorengan ikan tadi boleh diguna untuk menumis. Tumis bawang besar sehingga naik bau
3. Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Masak hingga naik minyak
4. Letak sedikit air jika terlalu pekat.
5. Letak cili sos dan tomato sos diikuti dengan potongan tomato.
6. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh tambah lagi air sehingga mengikut kepekatan yang diingini
7. Masak sehingga mendidih dan tuangkan kuah ni keatas ikan dlm pinggan.
Siap!!

Mudah aje kan. Cepat pun cepat, lepas balik keje terus masak. Banyak  masa mama sementara tunggu buka mama boleh masak lauk favourite lagi iaitu Sambal telur hancur hihi..

17 comments:

  1. Senang bangat resipi dia.. Selain ikan bawal, ikan apa lagi yg boleh masak guna resipi ni.. Ke tak kisah ikan jenis apa pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje guna ikan lain fiezz.. bawal, siakap, sedap .. kembung pun boleh kalau nak

      Delete
  2. Simple, tapi sedap ni an, nenek saya selalu buat dulu masa saya kecik2 :)

    ReplyDelete
  3. My favvv food ni. Dulu my mum selalu masak lauk nii sedappp sgtt

    ReplyDelete
  4. sedap ni... tetiba rasa nak buat malam ni...

    ReplyDelete
  5. sedap ni. kalau ada ikan siakap terus rasa nak makan sweet sour..hahaha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  6. Selalu ikan siakap masak sweet sour ni

    ReplyDelete
  7. Sedap ni. Kami sesekali beli bawal memang buat sweetsour. Sedap

    ReplyDelete
  8. sedap kak, ini lah menu paling sesuai masak ikan bawal kan...

    ReplyDelete
  9. sedapnya..
    Resepi kak adda pun nampak mudah dan tak banyak bahan..

    ReplyDelete
  10. Masa zaman kanak2 cukup seronok bila mak masak lauk hidangan ikan bawal sweet and Sour ni.
    Ikan bawal harga sama standard dengan ikan tenggiri di Sabah.

    ReplyDelete
  11. Ikan bawal mmg sedap buat masak gini

    ReplyDelete
  12. lauk ni fav sy. makan tiap2 hari pn x apa. tp kopak laa kalu mkn tiap2 hari... sebln sekali ok laa hehehe

    ReplyDelete
  13. Aihhhh nampak rupa visual dia pun dah mengancam apatah lagi rasanya kan? Hahahhaa

    ReplyDelete
  14. lama da x makan ikan bawal..
    fevret part kat ekor dia tu dapppnye =D

    ReplyDelete
  15. masakan ni feveret semua org. ikan tu boleh aje tukar kpd ikan lain. ekor ikan bawal memang sedap kan. krup krap aje makan hihi

    ReplyDelete

Words of wisdom