Resepi Ayam Masak Thai

Baru-baru ini mama mencuba Resepi Ayam Masak Thai untuk hidangan berbuka puasa bagi mama sekeluarga. Boleh tahan sedap masakan dengan Resepi Ayam Masak Thai ni. Kami semua terus suka dan mama dah pun masak beberapa kali lauk ni. 









Resepi ni mama ambil dari blog Azie Kitchen. Ada serba sedikit derhaka resepi tapi kalau ikut resepi kat bawah ni memang confirm akan menjadi. Jom tengok sama-sama

Resepi Ayam Masak Thai







Resepi Ayam Masak Thai



Bahan A

1 ekor ayam
1 biji bawang besar Holland -potong bulat
2 batang serai - ketuk
2-3 helai daun limau purut
Garam secukupnya
4 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak

Bahan kisar:

3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
2 biji cili api







Cara cara:

  1. Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis sampai garing.
  3. Setelah garing masukkan bahan yang dah dikisar, kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam dan serbuk perasa.
Ada orang suka makanan yang ada kuah lemak, korang boleh letak sedikit santan atau susu segar/susu uht untuk mendapatkan kuah yang bersantan dan creamy.

Resepi asal: Azie Kitchen

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. menarik jugak nih kak, mudah pun mudah bahan-bahannya tuh boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Wah! Suka resepi macam ni sebab bahan bahan nya mudah nak dapat..aiseh ai tgh die..tapi nak juga cuba la.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap... boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Saya selalu masak ni.Tapi tak tahu pulak namanya ayam masak Thai.Cuma saya suka perah lemon last2 sekali. Anak2 suka betul.

    ReplyDelete
  5. Esok nak cuba lah, senang je rupanya :)

    ReplyDelete
  6. nampak sedap. rindu masakan ibu_suri...

    ReplyDelete
  7. Wah sedapnya 😋 terliur dah ni

    ReplyDelete
  8. SENANG JE RUPANYA MASAK AYAM MASAK THAI NI

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengna rakan-rakan blogger semud
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete
  10. Wah menarik nie Adda.. nanti nak cuba lah..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.. Boleh tambah dalam koleksi resepi..

    ReplyDelete
  12. Kita suka masakan Thai! Sedap menyelerakan sebab penuh rasa dan aroma!

    ReplyDelete
  13. sedapppp nye nampak.. gu dengan nasi panaih pergh..

    ReplyDelete
  14. sedap ni. ni dah jadi feveret kami anak2 beranak selain dari aam merah fav anak mama

    ReplyDelete
  15. Sedapnya Kak Adda.. Boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post