Resepi Kuih Kaswi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, June 11, 2020

Resepi Kuih Kaswi

Resepi Kuih Kaswi. Awal ramadhan aritu mama makan Kuih kaswi home made. Memang sedap first time buat sendiri. Mula-mula ingatkan kuih ni ada guna telur tapi rupanya takde telur pun. Sebab masa makan macam ada bau telur mungkin bau tu dari tepung ubi. Jom kita tengok Resepi Kuih Kaswi di bawah.







Kuih ni mama suka dan ia favorite hubby so amat berbaloi bila buat sendiri. Boleh makan banyak2 haha.. Jom kita tengok Resepi Kuih Kaswi ni..




Resepi Kuih Kaswi


Loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:

Kelapa parut muda
Sedikit garam







Cara cara:

  1. Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga gula hancur. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
  3. Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
  4. Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam.
  5. Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
  6. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Resepi mama ambil dari Azie Kitchen

18 comments:

  1. Memang sedap.. kalau ramai memang berbaloi membuatnya..puas makan

    ReplyDelete
  2. Waaa kita baru gak nak mencari resepi kaswi ni, terjumpa plak di sini...hehehehe sedapnya, tak sabo nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ikut resepi ni sis lin. gerenti jadi

      Delete
  3. sedap kuih ni. selalu beli untuk sarapan.

    ReplyDelete
  4. masa bulan puasa hari tu sempat jugak buat kuih kaswi nih... teringin nk buat lagi tapi entah bila hehhhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun sejak dah mula keje dapur pun kadang2 je berasap dana hihi

      Delete
  5. Sedapnya.. kuih feveret Kak Sue nie. Tapi dalam rumah nie Kak Sue sorang ja makan.. teringin nak buat sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak kalau sorang je makan mmg tak berbaloi kak unless akak bagi jiran2

      Delete
  6. sedap mama kuih tradisional ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dan senang pula nak buat.. kuih tradisional ni

      Delete
  7. Replies
    1. wak suka ye.. ramai yang suka kuih ni kan

      Delete
  8. Sedap kuih ini.. tambah buat juadah minum petang.. layan..

    ReplyDelete
  9. x pernah lagi rasa kuih ni.. mesti sedap..

    ReplyDelete

Words of wisdom