Resepi Ayam Masak Lemon Mudah dan Sedap - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, June 24, 2020

Resepi Ayam Masak Lemon Mudah dan Sedap

Resepi Ayam Masak Lemon Mudah dan Sedap. Mama ni penggemar nasi ayam lemon Pakli kopitiam. Time macam ni lah tetiba craving dan teringat-ingat menu sedap ni. Mama tak penah masak lagi lauk ni sebab tu nak tepek sini dulu. Senang nak refer masa nak masak nanti.. Jom kita tengok Resepi Ayam Masak Lemon Mudah dan Sedap ni. 







Mama ni memang suka kalau resepi tu mudah dan senang. Jom kita lihat mudah macam mana nlah resepi ni ye.. Makan dengan nasi ayam pun sedap ni macam menu dalam Pak Li Kopitiam

Resepi Ayam Masak Lemon Mudah dan Sedap



Bahan-bahan 

Ayam
Tepung serbaguna Bestari
Untuk perapan ayam, kalau ikutkan ada resepi lain. Tapi ini cara sissy yer. Mudah Sedap dan Cepat. Tepung Bestari dah secukup rasa.

Bahan Untuk Sos Lemon

1 cawan air
¹⁄³ cawan gula
½ kiub ayam
1½ sudu tepung jagung
2 sudu makan perahan jus lemon
¾ sudu kecil garam
2 potongan nipis lemon
2 sudu makan minyak masak
Sedikit pewarna kuning (sissy pakai kunyit jer)







Cara Cara Menyediakan Ayam Goreng

  1. Perap ayam yang telah dipotong kecil bersamaa air dan tepung serbaguna Bestari.
  2. Sebelum menggoreng, sissy akan salut sekali lagi tepung yang kering sebelum masukkan ayam ke dalam kuali. Hasilnya lebih yummy!
  3. Goreng dengan api yang perlahan untuk pastikan ayam masak sekata.


Cara Cara Menyediakan Sos Lemon

  1. Bancuhkan semua sekali bahan untuk membuat sos di dalam satu bekas kecuali minyak masak.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan masak sos tadi dengan api perlahan sehingga pekat.
  3. Tuangkan sos ke atas ayam goreng tadi. Sedia dihidang.



Selamat mencuba!




Sumber: FB Loyang & Acuan


13 comments:

  1. sedapnya ada rasa masam2 lemon tu.... bau dia pun sedap

    ReplyDelete
  2. Alahai...sedapnya..pernah try sekali...
    Nak kena tanan pokok lemon la macam ni... senang sikit

    ReplyDelete
  3. Lum pernah terei ayam masak lemon camni.

    ReplyDelete
  4. Tgok pun sedap. Kalau masak n makan sendiri pasti lebih berselera. Pasti akan dicuba...

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak adda.. meh hantar kat sha sikit..

    ReplyDelete
  6. teringin lah nak cuba sebab suka lemon ^_^

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan lagi menu ni. Nanti nak try la masak ayam lemon. Tengok gambar macam sedap nyummm!

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaa nampak. Nani tak pernah buat lagi ayam masak lemon, nanti boleh lah try.

    ReplyDelete
  9. Tengok je pun dah nampak sedap kak. Terliur tengok.

    ReplyDelete
  10. Kami dah buat ayam lemon ni masa PKP. Sedap.. Cuma kalau orang yang tak suka lemon, dia memang takkan makan la sebab terasa lemon kan. Tapi bagi kami, memang sedap. Walaupun menu nya tak secantek gambar ni. hehehe

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap Adda.. nanti nak cuba juga lah..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.. Resepi pun senang untuk ikut.. nak cuba masak ni

    ReplyDelete

Words of wisdom