7 Menu Ayam Panggang Wajib Cuba di Kajang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, June 8, 2020

7 Menu Ayam Panggang Wajib Cuba di Kajang

7 Menu Ayam Panggang Wajib Cuba di Kajang. Siapa suka ayam panggang kat sini cuba angkat tangan. Ayam panggang adalah menu kesukaan ramai tak kira dari budak sehingga orang dewasa pun semua suka. Kat sini mama nak senaraikan 7 Menu Ayam Panggang Wajib Cuba di Kajang.

Di Kajang memang terdapat restoran dan kedai makan best-best. Kalau korang nak cuba menu ayam panggang boleh cuba yang mama senaraikan di bawah ni:

7 Menu Ayam Panggang Wajib Cuba di Kajang


1. Ayam Bakakak di Restoran Cibiuk  

Gambar credit dari Cibiuk

Nampak sedap sangat ayam ni.. Cibiuk adalah restoran yang menghidangkan makana Sunda dan salah satunya adalah ayam bakakak Ni. Kepada orang Kajang yang nk  cuba boleh rujuk alamat di bawah:

Restoran Cibiuk
Alamat: No, 1-G, Jalan Putra 6, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor.
Masa perniagaan: 11am – 11pm (Sabtu – Khamis), 2:30pm – 11pm (Jumaat)


2. BP Cendol & Nasi Beringin Ayam Bakar

Gambar dari FB BP

Kalau korang penggemar cendol dan ayam bakar maka senanglah sebab korang boleh makan kedua-dua menu kegemaran di restoran ni. Tengok sos tu aduh memang sedap dimakan dengan nasi kan. Alamat seperti di bawah:

BP Cendol dan Nasi Beringin
Alamat: Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor


3. Nasi Dulang Arab Ayam Grill di Nasi Kukus KakMa  - Bandar Teknologi Kajang

Alahai sedapnya ayam grill dimakan bersama nasi Arab. Tentu saja terasa kelainannya kan. Selain dari Nasi Arab korang boleh Cuba nasi Arab kambing serta nasi kukus kat sini. Kalau nak ke sini boleh refer alamat di bawah ni: 

Nasi Kukus KakMa
Alamat: 12, Jalan 3/1, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor


4. Nasi Ayam Bakar di Mambang Ayam Bakar

Bagi penggemar nasi ayam bolehlah korang cuba nasi ayam ayam bakar dari Mambang Ayam Bakar ni. Ramai puji sedap dan penyediaan ayam bakar ni memang special dimana purely dibakar tanpa direbus dulu ayam tu. Jadinya rasa dia lebih sedap. Kulit ayam dibuang siap-siap maka tiadalah lemak berlebihan kan. Kalau nak beli korang kena buat tempahan online boleh hubungi no di bawah:

Mambang Ayam Bakar
Alamat: Jalan Desa Pinggiran Putra 4a, 43000 Kajang, Malaysia
No tel: 013-758 4060


5. Ayam Panggang Kenny Rogers di Metro Point Kajang


Apa salahnya sekali sekala makan di restoran fast food Kenny Rogers ni. Contohnya hidangan Kenny's Quarter Meali memang menyihatkan. Ada Rotisserie-roasted 1/4 chicken bersama 3 side dishes & 1 Kenny's Home-made Muffin yang sedap. Alamat seperti di bawah:

Kenny Rogers ROASTERS Metro Point Kajang
Alamat: Lot G-06, Ground Floor, Metro Point Complex, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor



6. Satay Sedap di Satay Willy Kajang

Istimewanya satay Willy ni ialah satay yang dibakar menggunakan dapur arang dengan rempah istimewa untk memastikan keunikan rasa setiap sajian. Alahai sedapnya satay ni. Alamat satay Willy Kajang seperti di bawah:

Satay Willy Kajang
Alamat: Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor.


7. Ayam Bakar di Big Bro Grill & Chop Kajang

Sesiapa yang suka lamb chop or chicken chop grill boleh cuba makan di sini. Nampak sedap sangat Makanan kat restoran ni sampai buat mama terasa nak pergi sini. Boleh dicuba nanti. Alamat seperti di bawah ni:

Big Bro Grill & Chop
Alamat: Winnie Plaza, Jalan Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor


Setakat inilah saja senarai 7 Menu Ayam Panggang Wajib Cuba di Kajang. Kalau taknak pergi ke restoran (yelah, zaman sekarang Ni kan kena waspada dengan serangan virus Covid-19), korang boleh je guna servis Fast Food Delivery Malaysia by Foodpanda kerana terdapat restoran di atas yang ada delivery melalui Foodpanda. Senang je kan.

Mudah Ada Foodpanda kan

26 comments:

  1. Teringin nak cuba..jauhlah pulak

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. haha sabar cikgu kalau lalu kajang bolehlah singgah

      Delete
  3. mudah kan ada review mcm ni kat bandar yg kita duduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama listkan senang nanti nak refer bile ke sana lagi hihi

      Delete
  4. Sate Willy sedappp. Dah beberapa kali repeat jugak 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. sate willy kat shah alam pun ada mama penah makan.. mmg sodap oo

      Delete
  5. Satay willy tu memang sedap. Pernah cuba :)

    ReplyDelete
  6. Wah.. menarik semuanya... Boleh la book hotel kat Kajang ni... Singgah sebelum balik kampung..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh maria.. kalau duk area bangi pun dekat aje ni

      Delete
  7. napela jauh bebeno kajang tuh hehehhe... menggoda betul semua ayam2 tu

    ReplyDelete
  8. Satay willy memang selalu jadi pilihan.. Sedap pun sedap...

    ReplyDelete
  9. ramai yg suka satay.. mama suka semuanya hihihi

    ReplyDelete
  10. satay willy tu memang sedap...

    ReplyDelete

Words of wisdom