Resepi Mee Bandung Muar dari Orang Muar Gerenti Jadi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, May 18, 2020

Resepi Mee Bandung Muar dari Orang Muar Gerenti Jadi

Resepi Mee Bandung Muar dari Orang Muar Gerenti Jadi. Hari ni mama nak share Resepi Mee Bandung Muar Gerenti Jadi. Of cource resepi ni gerenti jadi sebab resepi ni la yang mama guna sejak berpuluh tahun kalau masak mee bandung Muar. Gerenti sedap sampaikan adik ipar mama cakap boleh buka kedai dah ni hihi..








Dari mama bujang sampailah dah jadi makcik-makcik resepi dia macam ni la. Simple aje resepinya sebenarnya. Mama ni memang penggemar mee bandung Muar. Mee bandung lain mama tak boleh masuk. Dulu masa mula-mula sampai ke KL bila makan mee bandung macam x percaya itu mee bandung. Sos banyak takde rasa mee bandung langsung..


Resepi Mee Bandung Muar

Resepi Mee Bandung Muar dari Orang Muar Gerenti Jadi. Adik ipar kata boleh jual dah ni..

Bahan-bahan

1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) / atau 6 sudu besar cili kisar
6 biji bawang putih (dikisar)
8 biji bawang merah (dikisar)
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air, air rebusan jangan dibuang
½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Lain lain bahan e.g. daging ayam, fishballs, sotong
Seikat Sawi (potong anggaran 1 inci)
Kobis (dihiris kasar) - kalau tak letak pun takpe. Boleh juga kalau nak letak bunga kobis
1/2 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
• Setengah cawan kacang tanah, digoreng dengan sedikit minyak sehingga garing dan tumbuk separa hancur
• Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
• Garam secukup rasa
• Minyak untuk menumis









Cara-cara Memasak:


1. Blend cili kering, udang kering + air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Panaskan minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar dan goreng sehingga cili garing
4. Masukkan udang, daging rebus batang sawi, bahan lain beserta air rebusan daging. Perisakan dengan garam dan gula.
5. Masak hingga kesemua bahan empuk.dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan2
6. Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk 
Siap.. Mudah aje kan





Nota: Untuk menghidang dengan rupa telur yang lebih cantik, keluarkan sedikit kuah ke dalam periuk lain dan pecahkan telur sebiji. Rebus hingga telur kuning separa masak dan letak ke atas mee yang ingin dihidangkan. Ulangi untuk hidangan kedua dan seterusnya




17 comments:

  1. banyak juga bahan dia. nak order boleh..hehe:P

    ReplyDelete
  2. part makan mee bandung muar ni suka gilaaa part makan telur kuning dengan kuah. tapi saya jenis telur kena masak betul yg half cook x lalu. tapi nikmat !!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak telur dia tu..

    ReplyDelete
  4. suatu hari nanti saya akan merasakan juga..

    aamiin

    tapi rupa macam rojak pun ada

    ReplyDelete
  5. nampak sedap tu lagi2 ada telur mata goyang...

    ReplyDelete
  6. Alahaiii...banyak bahan takde kt umh, camane nak buat ni,huhu...anak mmg ada minta buat mee bandung.

    ReplyDelete
  7. dapnya...dah la baca entry ni, siang hari bulan posa..berkeroncong perut..haha

    ReplyDelete
  8. adudududu terus terasa rindu kat muo sana. hahahahaha

    ReplyDelete
  9. Adoi.. menggoda sungguh mee bandung tu.. Best nampaknya..

    ReplyDelete
  10. Sedap tu mee bandung muar. tak pandai nak masak mee bandung. best kalau dapat masak ala ala mee bandung muar

    ReplyDelete
  11. mee bandung ni, aura udang kering tu yg kena lebih.
    biar terasa. biar berbau harum udang kering tu.
    pernah gak buat mee bandung ni. balik kg asben di pontian, bantu makcik asben.
    lebih kurang resepi nyer.
    hi hi hi tapi tak pernah buat sendiri. dok la pakai pes mak pon :) ha ha ha...

    ReplyDelete

Words of wisdom