Resepi Kuih Keria dan Cek Mek Molek guna 1 adunan dapat 2 jenis kuih - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, May 20, 2020

Resepi Kuih Keria dan Cek Mek Molek guna 1 adunan dapat 2 jenis kuih

Resepi Kuih Keria dan Cek Mek Molek guna 1 adunan dapat 2 jenis kuih. Masa awal puasa aritu anak mama request nak makan kuih favourite dia iaitu kuih keria. Masa tu kan PKP so mama buat je la kuih keria untuk dia. Kebetulan ada keledek di rumah tapi keledek purple haha. Ni first time mama guna keledek purple untuk buat kuih keria, So mama namakan kuih ni kuih keria PKP la haha.. Mama pula suka kuih cek mek molek. So mama nak share Resepi Kuih Keria dan Cek Mek Molek guna 1 adunan dapat 2 jenis kuih. Berbaloi kan..







Korang jangan ketawa plak kalau tengok rupa rupa keria dengan cek mek molek mama ni. Memang agak pelik sebab guna keledek kaler purple haha.. Takpelah yang penting rasanya ok Rupanya pun ada pelbagai saiz dan pelbagai rupa sebab buat bersama-sama budak-budak hihi

Kuih keria

Kuih Chek Mek Molek


Resepi Kuih Keria dan Cek Mek Molek

Mama guna adunan yang sama untuk buat keria dan cek mek moleh. Cuma selepas diuli, cara bentuk doh dan cara masak je berlainan.. keria gulanya di luar. Cek Mek molek glanya pula di dalam..

Resepi Kuih Keria

Bahan-Bahan:

1 kg keledek (seeloknya keledek putih) - buang kulit dan potong ketul-ketul kecil
4 senduk tepung gandum
1 sudu teh garam

Bahan untuk sira:
3 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara untuk keria:

1. Rebus keledek bersama garam sehingga keledek empuk.
2. Setelah sejuk, lenyek sehingga keledek lembut
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli dan tepung tidak melekat kat jari.
4. Bentukkan doh menjadi bulat dan lubangkan dihahagian tengah. 
5. Goreng sehingga kekuningan. dan ketepikan

Cara-cara untuk sira gula:
1. Masakkan gula dan air di dalam kuali sehingga pekat dan bertali
 2. Masukkan keledek dan kaup balikkan sehingga terbit gula warna putih di bahagian permukaan keria tu. Boleh campur secubit tepung gandum bagi mengelakkan gula cepat cair.
Siap!!










Resepi Cek Mek Molek

Bahan-bahan dan cara menyediakan doh seperti kuih keria.  Cuma tepung yang dah di uli tu korang kena leperkan guna tangan dan letak gula pasir di tengahnya.. seperti gambar di bawah 

Tepung pepel haha..

Pastu korang tutup balik tepung tu, pastikan jangan ada gula terbocor keluar. Pandai-pandai bajet la ye.

Pastu goreng cek mek molek ni sehinggan kekuningan. Siap!!


16 comments:

  1. a'ah betul la kan, tak perasan pulak. haha

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi nampak versi warna ungu macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak penah lagi org buat jannah haha

      Delete
  3. sedapnya kuih akak.. sha suka dua2.. keria dan cek mek molek..

    ReplyDelete
  4. Dua2 kuih kegemaran ni. Teringin nak buat sendiri tapi tak ada keberanian.. Hehe

    ReplyDelete
  5. itu la. dua2 dah buat baru perasan.. la satu adunan je. Haha

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap pulak warna pepel nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. kreatif kak adda.. ummi xpernah terfikir nak buat cmni..hehe.kak adda sy tag nama akan dalam segment GA Anisa anuar.jom join kak. ;) http://nurasyiqin201.blogspot.com/2020/05/birthday-giveaway-anisa-anuar-official.html

    ReplyDelete
  9. sedapnya kuih keria. rupa kurang tu takpe janji rasa dia tak kurang. Cek mek molek tu tak pernah makan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih tak penah makan ke fiza.. lebih kurang rasanya dgn keria

      Delete
  10. sedapnya keria dengan kuih cekmek molek ni. adunan sama buleh wat dua kuih. mudah keje orang zaman dulu buat kuih kan.. tak perlu nak bercheese bagai kan.. hehehe.. kami kalau buat keria mesti buat stok dalam peti beku sekali. senang, time nak, goreng je

    ReplyDelete
  11. elok gak buat byk2 dan frozekan kan

    ReplyDelete
  12. sedap ekk pakai keledek pepel.
    warna pun menarik!
    nanti nak gi cari, nak buat keria lagi.
    kali ni nak buat dgn gula putih plak. ari tu guna gula melaka.
    boleh try sekali buat cek mek molek :)

    ReplyDelete

Words of wisdom