Resepi Kuih Cara oleh Iehah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, May 5, 2020

Resepi Kuih Cara oleh Iehah

Resepi Kuih Cara. Harini mama nak share Resepi Kuih Cara oleh Iehah. Terima kasih Iehah join segment share resepi dengan mama. Kalau mama nak buat ni nampaknya kena cari acuan cara dulu ni. Agak-agak kat kedai runcit ada jual tak.. Biasanya kedai runcit belakang rumah mama tu selalunya ada macam-macam sampai tak terduga barangnya..









Menurut Iehah resepi ni senang sangat tapi mama sendiri Tak pernah buat. Bila tengok resepi ni memang terasa mama boleh buat.. Tak susah pun. Jom kita tengok resepi.

Resepi Kuih Cara




Bahan untuk buat bancuhan kuih ni simple je.. confirm semua boleh dapat kat dapur korang je.
3 biji telor
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
Garam
Gula (untuk inti nnti)
Pewarna hijau
Satukan semua bahan kt atas tu..kecuali GULA..sebab gula kita nak taruk masa kita bakar nanti..cara senang aku blend semua bahan tu sebab nak bagi dia tak berketul dan adunan nampak sebati je.


Ok..dah siap adunan..kita kena panaskan acuan kuih cara di atas dapur pada api yang perlahan..lepas tu dah rasa agak panas..sapukan sedikit minyak masak ke dalam acuan..

Selepas itu,penuhkan acuan dengan adunan kuih dan letakkan gula pasir mengikut citarasa korang lah..nak manis tambah lebih sikit.

Lepas tutup acuan tadi bagi dia masak..

Nak tau kuih dah masak Ker belum...bila kuih tadi tak melekat pada acuan..lepas tu bolehlah angkat.


Resepi asal di sini - Resepi Kuih Cara

4 comments:

  1. Replies
    1. mudah aje caranya mmg boleh cuba asal ada acuannya kan

      Delete
  2. eh eh teringin pulak nak cuba..acuan ada tu...boleh la buat untuk berbuka nanti

    ReplyDelete

Words of wisdom