Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap Sayidah Napisah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, May 13, 2020

Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap Sayidah Napisah

Tq KC join segmen resepi mama.. resepi Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap ni tentulah semua orang suka. Sedap dimakan sejuk, buat minum petang pun boleh. Eh Kalau bulan puasa buat buka Puasa atau moreh jangan buat minum petang pula ye.. Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap Sayidah Napisah









Cheesekut ni kalau buat selalunya memang akan sold out sekelip mata. Jom tengok resepi

Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap 



Bahan-bahan membuat cheesekut:


1 paket biskut marie/ biskut cracker

250g cream cheese (selalu cream cheese guna jenama Tartura tapi haritu kat pasaraya zemart tak ada pula, so beli cream cheese jenama Emborg) [psssstt: yang tartura lagi sedap sebenarnya]

1/2 tin susu pekat manis


1 cawan susu lowfat/ full cream/ air milo (untuk celup biskut nanti)

Biskut chipsmore yang dihancurkan/ kekacang/ milo/ coklat/ oreo yang dihancurkan (untuk hiasan atas topping dan penyedap)









Cara-caranya:

1. Campurkan cream cheese dan susu pekat .. kacau sehingga sebati dan nampak soft. (Boleh guna senduk/ blender/ mixer)
2. Celup biskut marie dalam air milo/susu. Celup jap je, jangan rendam..nanti lembik
3. Susun biskut then lapiskan dengan campuran cream cheese. Ulang sehingga cream cheese habis
4. Toping boleh letak coklat/ hancuran biskut/ kekacang
5. Then, masukkan ke dalam peti ais..dalam setengah jam or sejam, dah boleh hidang (menu dessert untuk rumah terbuka raya/ open house, untuk meraikan tetamu, untuk jamu keluarga dan sebagainya) dan ngap! :D

Resepi asal di sini - Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap!


7 comments:

  1. Yeah... LeYa pun baru buat hari tu dan ada lagi untuk dinikmati dalam waktu berbuka puasa nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat banyak.boleh simpan dan makan bila.nak.kan

      Delete
  2. sedapnya bila tgk cheese tu.. huhuh

    ReplyDelete
  3. Sedap! mudah pun mudah nak buatnya. Tapi! part nak beli cream cheese tu leceh sikit sebab skang susah nak dapat. memanjang sold out. huhu

    ReplyDelete
  4. sedapnya...bila la bole buat sendiri ni...

    ReplyDelete
  5. sedap.
    aida buat ari tu time Ramadhan.
    just susu pekat aida tukar kpd whipping cream.

    ReplyDelete

Words of wisdom