Resepi Ayam Mayonis Bersama Kentang by Jannah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, May 5, 2020

Resepi Ayam Mayonis Bersama Kentang by Jannah

Resepi Ayam Mayonis Bersama Kentang. Terima kasih Jannah support segment share resepi mama. Ni mama nak share Resepi Ayam Mayonis Bersama Kentang by Jannah.








Sebenarnya dah banyak kali mama terjumpa resepi ayam mayonnaise tapi tak pernah cuba buat. Mungkin ini kali mama.kena cuba juga sebab nampak sedap betul la Jannah punya ayam Mayonis ni.. Yum.. yum.. Jom kita tengok resepi..

Resepi Ayam Mayonis Bersama Kentang




Bahan-bahan untuk ayam 
3 filet ayam-dipotong kecil
1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
1 biji kentang-dipotong mengikut kreativiti masing-masing
2 sudu mayonis
Serbuk lada hitam-secukupnya
Tepung gandum-secukupnya
Garam-secukupnya(kalau tak cukup masin)
Air-secukupnya
Minyak masak


Hiasan

1 helai daun salad

Cara menggoreng kentang
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Masukkan kentang. Goreng sehingga keperangan dan pindahkan ke dalam satu bekas.








Cara menggoreng ayam

1. Masukkan ayam tepung ke dalam satu mangkuk.
2. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul bahan-bahan hingga sebati.
3. Masukkan filet ayam. Pastikan filet ayam disaluti tepung sepenuhnya.
4. Goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan pindahkan ke dalam satu bekas.

Cara memasak ayam mayonis
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang besar.
2.. Apabila bawang besar sudah berwarna keperangan, masukkan mayonis dan kacau seketika.
3. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati. Angkat dan hidangkan.


11 comments:

  1. mudah sangat resipi ni. boleh cuba nanti!

    ReplyDelete
  2. macam senang, nak cuba la nanti. ^^

    ReplyDelete
  3. baru pertama kali dina dgr ttg ayam mayonis. menarik

    ReplyDelete
  4. simple dan senang nak ikut. nanti kita cuba

    ReplyDelete
  5. Yeahh dah dapat idea nak masak berbuka puasa

    ReplyDelete
  6. izzati pun tengah cari resipi yang best untuk juadah berbuka puasa and this rlly help me!! thank youu. <3

    ReplyDelete
  7. this looks so good. banyak betul resepi best best ni aduiiii

    ReplyDelete
  8. tq jannah share resepi ni bagi kami idea untuk masak apa satgi

    ReplyDelete
  9. rare gila resepi ni..jarang dengar ayam dimasak bersama mayonis..wajib cuba nanti

    ReplyDelete
  10. resepi yang mudah baca pun terasa nak try kan

    ReplyDelete

Words of wisdom