Merasa Hasil Tanaman Sendiri Bayam Brazil - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, May 19, 2020

Merasa Hasil Tanaman Sendiri Bayam Brazil

Assalamualaikum semua. Mama ada tunjuk menu mama masa hari ke 18 Ramadhan aritu di mana mama akhirnya dapat juga Merasa Hasil Tanaman Sendiri Bayam Brazil mama. Bayam Brazil tu mama mula tanam sejak PKP aritu. Boleh baca di sini Projek Bercucuk Tanam.di Kala PKP







Mama beli bayam brazil ni dari shopee RM6 aje untuk 10 anak pokok. Mula-mula nampak layu pokok tu tapi lama-kelamaan segar bugar dan menghijau dia tumbuh. Memang senang rupanya menanam bayam brazil ni. Senang nak jaga. Hasil dari tuaian mama ni, mama tanam lagi melalui keratan batang pula dan nampak hidup juga anak bayam brazil yang baru ni.

Serangan Belalang

Cuma satu je masalah mama, ada byk belalang di kawasan laman rumah dan diorang suka duduk dekat pasu bayam brazil ni. Habis lubang-lubang daunnya dimakan belalang. Kalau korang ada tips bagitau la ye apa mama perlu buat.







Mama dah cuba spray guna air rebusan cili kering, campur dengan sunlight nampaknya tak berjaya. Mama ada baca guna serai wangi pun boleh halau belalang tu tapi mama x cuba lagi. Tak tau nak cari kat mana serai wangi tu.


Bayam Brazil Tumis Cili Pecah Telur

Inilah lauk yang mama masak aritu. Mak mertua puji hihi.. Ye la kan bayam ni fresh dari ladang. Walaupun tak dpt banyak (banyak daun yang mama buang kena makan belalang). Tapi dapat juga merasa hasil tanaman sendiri. Bestnya


Pokok bayam  mama dari 10 anak pokok inilah haslnya tapi berlubang sebab belalang makan huhuu


11 comments:

  1. Rabia tanam jugak bayam brazil ni . sedap makan dgn nasi goreng

    ReplyDelete
  2. kat rumah mak mertua pun ada tanam bayam brazil ni.mak mertua nak bagi sebelum ni tapi tak reti nak masak apa. lepas ni boleh amik je, ramai share resipi dengan bayam brazil..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tumbuh subur dia. sedap ni makan buat ulam :D

    ReplyDelete
  4. pernah tanam dulu...sangat senang hidup

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah
    Hasil titik peluh sendiri

    ReplyDelete
  6. tu la.. depa kata senang ja nk tanam.. saya tanam sawi tak jadi2 ni. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Wah nampak sedap lepas dimasak. Selalunya saya makan mentah je sebagai ulam.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. cantik bayam tu..

    ReplyDelete
  9. seronoknya tengok daun dia rimbun. Fiza punya yang second harvest belum lagi. tanam dalam pasu kecik lambat sikit tumbuhnya. kalau tanam kat kampung atas tanah rimbun banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama punya alhamdulillah menjadi. mama pun x sangka fiza hihi

      Delete
  10. mama x penah try makan as ulam lagi. boleh cuba la nanti

    ReplyDelete

Words of wisdom